56 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Industri makanan dan minuman tempatan merupakan salah satu industri penting yang menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negara. Sebagai industri yang mempunyai peratusan tinggi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) milik tempatan, bantuan dan sokongan berterusan diberi oleh kerajaan supaya pemain-pemain industri sentiasa berdaya saing dan dapat mengekalkan pertumbuhan di dalam menyumbang kepada rantaian makanan negara yang mapan di samping menembusi pasaran luar negara. Malaysia merupakan peneraju industri halal di peringkat dunia yang mana ia memberi kelebihan besar kepada pemain-pemain tempatan dalam menjadi pemangkin kepada permintaan dunia terhadap produk makanan dan minuman Malaysia. Pasaran Asia Barat merupakan pasaran berpotensi besar yang telah dikenal pasti dapat meningkatkan eksport pemain-pemain industri makanan dan minuman Malaysia. Peranan Dubai sebagai hab perdagangan serantau telah memberi kelebihan kepada pengeksport-pengeksport Malaysia untuk menembusi pasaran merentasi rantau Asia Barat, Asia Tengah, Asia Selatan dan Afrika. Gulfood 2022 yang berlangsung dari 21 hingga 25 Februari 2022 telah menampilkan penyertaan 66 syarikat Malaysia dan lima agensi kerajaan yang mempromosikan pelbagai produk makanan dan minuman Malaysia. Antara produk makanan dan minuman yang dipromosikan adalah produk berasaskan minyak sawit, ramuan makanan, sos dan pes makanan, rempah ratus, makanan sejuk beku, produk konfeksioneri & bakeri serta produk sedia dimakan. Susulan situasi pandemik COVID-19 yang semakin baik, edisi tahun 2022 menyaksikan pemulihan sentimen pelawat-pelawat perdagangan yang hadir. Syarikat-syarikat Malaysia telah berjaya merekod potensi jualan dan pertanyaan perdagangan yang memberangsangkan. Gulfood 2022 Dubai, UAE 21 – 25 Feb 2022 Salon International de l’Alimentation (SIAL) Paris merupakan antara pameran perdagangan antarabangsa khusus untuk sektor makanan dan minuman yang terpenting di Perancis dan rantau Eropah. SIAL Paris 2022 telah berlangsung di Paris Nord Villepinte, Perancis dari 15 hingga 19 Oktober 2022 dengan pembabitan lebih 7,000 pempamer dari serata dunia. Penglibatan MATRADE kali ke-18 dalam pameran ini telah menampilkan penyertaan sebanyak 43 pengeksport Malaysia. Selain itu, dua agensi kerajaan turut mengambil bahagian iaitu Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Lembaga Koko Malaysia (MCB). Antara produk yang dipromosikan adalah produk kelapa sawit, produk koko, biskut, makanan sedia dimakan, minuman, minyak sawit, produk sejuk beku dan rempah ratus. Penyertaan berterusan syarikat-syarikat Malaysia di dalam pameran ini berjaya menempatkan Malaysia sebagai pembekal produk makanan dan minuman yang berkualiti, kompetitif dan berinovasi. Kehadiran lebih 300,000 pengunjung pada edisi tahun 2022 telah menjana potensi jualan dan pertanyaan perdagangan yang melebihi sasaran. SIAL Paris 2022 Paris, Perancis 15-19 Okt 2022 Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) merupakan program utama anjuran MATRADE bagi meneraju agenda pengantarabangsaan produk dan perkhidmatan Halal Malaysia terutamanya PMKS tempatan ke persada dunia. MIHAS yang dianjurkan sejak tahun 2004 telah dikenali dan diiktiraf sebagai platform terulung kepada perdagangan halal global. Selaras dengan komitmen untuk mengukuhkan pemulihan ekonomi negara, MIHAS edisi ke-18 telah dianjurkan dari 7 hingga 10 September 2022 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur. Dengan tema ‘Mempelbagaikan Potensi Halal’, ia berlangsung secara hibrid di mana pendekatan virtual terus diberi keutamaan bagi mengekalkan momentum agenda pendigitalan dalam industri halal. MIHAS 2022 menampilkan empat komponen utama iaitu pameran produk dan perkhidmatan halal, Program Penyumberan Antarabangsa (International Sourcing Programme), Hab Pengetahuan dan Anugerah MIHAS. Pameran itu merekodkan penyertaan pemain-pemain industri dari 33 negara termasuk Malaysia melalui 1,258 reruai dan berjaya menarik kehadiran seramai 32,356 pelawat. MIHAS Kuala Lumpur, Malaysia 7-10 Sept 2022 Pameran perdagangan FI Europe merupakan pameran khusus menghimpunkan pemain-pemain industri dan profesional dalam segmen ramuan makanan. Penyertaan MATRADE kali kedua pada pameran ini bertujuan bagi mempromosi dan mempamer kebolehan serta kemampuan Malaysia dalam produk ramuan makanan berstatus halal. FI Europe 2022 yang berlangsung di Paris, Perancis dari 6 hingga 8 Disember 2022 telah menarik penyertaan lebih 900 pempamer dari serata dunia dengan dihadiri lebih 21,000 pengunjung. Sejumlah 12 syarikat pengeksport Malaysia menyertai pameran ini di bawah astaka Malaysia dengan mempromosi pelbagai produk-produk ramuan berstatus halal seperti bahan perasa, bahan pewarna, bahan pewangi, produk berasaskan koko, produk berasaskan kelapa, produk kimia oleo serta sos & pes makanan. Penyertaan berterusan di dalam pameran ini telah berjaya meningkatkan kesedaran dan kebolehpasaran produk ramuan makanan Malaysia ke pasaran Eropah dan sekitarnya. FI Europe 2022 Paris, Perancis 6-8 Dis 2022 pengeksport Malaysia 43 pengunjung 300,000
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0