Laporan Tahunan MATRADE 2022

57 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 syarikat 15 padanan perniagaan 355 Arab Health 2022 merupakan pameran perdagangan terbesar di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) bagi sektor peranti perubatan dan kesihatan yang dijangka mencecah RM33.31 billion (USD7.92 billion) pada tahun 2025. Pameran edisi 2022 telah diadakan dalam format hibrid yang memberi kemudahan kepada hampir 41,000 pengunjung dan 2,800 pempamer mengakses pameran secara fizikal pada 24 hingga 27 Januari di Dubai World Trade Centre dan secara atas talian bagi tempoh dua bulan iaitu pada Januari dan Februari. MATRADE berjaya mengkoordinasi penyertaan 15 syarikat secara fizikal di bawah astaka Malaysia. Penyertaan berterusan MATRADE untuk edisi ke-18 di program ikonik ini turut membantu pengeksport Malaysia terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik untuk terus berdaya saing dalam meraih peluang eksport di rantau MENA. Selain itu, syarikat pengeksport juga dapat mempergiatkan promosi peranti perubatan dan produk farmaseutikal di pasaran antarabangsa terutamanya ketika berhadapan dengan krisis kesihatan dunia. Arab Health 2022 Dubai, (UAE) 24-27 Jan 2022 SEKTOR GAYA HIDUP & SAINS HAYAT Keberhasilan inisiatif MATRADE dengan kerjasama pemain industri, sebanyak 355 padanan perniagaan telah diatur. Sarung tangan getah, picagari, pelitup muka, kondom dan ubat-ubatan am (OTC) merupakan antara peranti perubatan dan produk farmaseutikal yang mendapat permintaan tinggi dari pengimport di UAE, Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Sepanyol. Antara kejayaan yang dicapai oleh syarikat Malaysia di Arab Health 2022 adalah peningkatan eksport ke beberapa negara di rantau MENA serta peluasan rangkaian perniagaan di pasaran UAE menerusi usahasama dengan pengedar dan pembekal utama tempatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0