Laporan Tahunan MATRADE 2022

58 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Medical Fair Asia 2022 merupakan pameran perdagangan terbesar di rantau Asia bagi sektor perubatan dan kesihatan. Pameran diadakan dalam format hibrid yang memberi kemudahan kepada hampir 12,700 pengunjung dan 593 pempamer mengakses pameran secara fizikal pada 31 Ogos- 2 September 2022 di Marina Bay Sands, Singapura dan secara maya bagi tempoh seminggu dari 3- 9 September 2022. Tahun ini MATRADE telah membantu 11 syarikat Malaysia menyertai pameran ini secara fizikal di bawah astaka Malaysia. Penyertaan kali keempat dalam program ini berjaya membuka banyak peluang kepada syarikat Malaysia yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang terdiri daripada pengeluar dan pengedar peranti perubatan dan farmaseutikal untuk bertemu dengan pembeli berpotensi dari Singapura serta negara-negara Asia yang berhampiran. Sepanjang pameran itu, astaka Malaysia telah mencatatkan sejumlah 1,259 pertanyaan perdagangan termasuk menarik minat kolaborasi dari beberapa syarikat antarabangsa dengan pempamer Malaysia. Kateter, picagari, PPE, pelitup muka, wipes serta ubat-ubatan am merupakan antara peranti perubatan dan produk farmaseutikal yang berjaya mendapat permintaan tinggi. 14th Edition Medical Fair Asia 2022 Singapura 31 Ogos- 2 Sept 2022 (Fizikal) 3-9 Sept 2022 (Maya) Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) Sektor Sains Hayat telah diadakan secara hibrid bermula dari Julai hingga Disember 2022. Penganjuran INSP ini bertujuan untuk mempromosikan produk produk peranti perubatan dan farmaseutikal Malaysia. MATRADE telah mengatur sebanyak 16 sesi padanan perniagaan antara syarikat Malaysia dengan pengimport dari negara seperti Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong, Nigeria dan Chile. Antara produk yang mendapat permintaan tinggi adalah sarung tangan getah, picagari, kateter, benang jahitan dan ubat-ubatan am (OTC). Sesi padanan perniagaan di antara pempamer Malaysia dengan pembeli berpotensi Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) Sektor Sains Hayat Kuala Lumpur, Malaysia 7-10 Sept 2022 pertanyaan perdagangan 1259 pempamer 593 Selain menyelaras penyertaan syarikat Malaysia di pameran antarabangsa, MATRADE turut memanfaatkan inisiatif digitalisasi dengan mengadakan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) secara hibrid sebagai salah satu usaha membantu syarikat Malaysia menembusi pasaran eksport dan meneroka peluang baharu di luar negara bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan masing-masing dengan memanfaatkan inisiatif digitalisasi. MATRADE meneruskan usaha INSP secara maya sejajar dengan trend semasa pasca pandemik dalam keadaan sekatan perjalanan yang dilanjutkan. Kaedah alternatif padanan perniagaan secara maya antara syarikat Malaysia dengan pembeli luar negara telah berjaya membuka peluang kerjasama serta membantu meningkatkan eksport syarikat-syarikat dalam sektor gaya hidup ke pasaran luar negara. Sektor Gaya Hidup telah melaksanakan sebanyak 14 sesi padanan perniagaan bagi produk perabot, penjagaan kesihatan, kelengkapan dandanan diri dan kelengkapan pembersihan Malaysia antara pengeksport Malaysia dengan pembeli dari Amerika Utara, Arab Saudi, Fiji dan Filipina. Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) Sektor Gaya Hidup Kuala Lumpur Jul-Dis 2022 MIFF merupakan pameran ikonik bagi sektor perabot di Asia Tenggara yang menampilkan keunikan reka bentuk perabot kontemporari berkualiti tinggi keluaran industri tempatan. INSP bersempena MIFF telah diadakan secara hibrid pada tahun 2022 bagi meningkatkan jualan eksport perabot Malaysia dan membantu PKS untuk terus berdaya saing dalam pasaran antarabangsa. MATRADE berjaya mengatur sebanyak 20 sesi padanan perniagaan melibatkan 15 syarikat Malaysia dan empat syarikat pengimport dari Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Azerbaijan. Produk yang mendapat permintaan tinggi adalah perabot kayu getah, perabot bilik tidur, perabot ruang makan, perabot ruang tamu serta perabot sedia untuk dipasang. INSP sempena Malaysia International Furniture Fair (MIFF) Kuala Lumpur, Malaysia 6-9 Jul 2022 sesi padanan 14

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0