59 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Edisi ke-20 Megabuild merupakan penyertaan pertama MATRADE dalam pameran bahan binaan terbesar di Jakarta yang mengumpulkan lebih 40,000 profesional terdiri daripada pemaju, pemilik projek, operator, arkitek, pereka dalaman dan kejuruteraan. MATRADE telah menyelaras penyertaan 15 syarikat Malaysia dalam acara itu di Pusat Konvensyen Jakarta, Indonesia. Syarikatsyarikat Malaysia telah mempamer dan mempromosikan teknologi serta keupayaan Malaysia dalam perkhidmatan pembinaan dan bahan binaan seperti perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan, pengurusan projek, perundingan seni bina, pencahayaan LED, mesin konkrit dan perkakasan kebersihan. Selain pameran, terdapat pelbagai seminar, perbincangan, taklimat industri, demonstrasi produk serta beberapa siri mesyuarat perniagaan yang telah disertai oleh syarikat- syarikat Malaysia. Sebagai salah satu usaha berterusan MATRADE dalam mempromosikan penyertaan negara di Megabuild, syarikatsyarikat Malaysia yang mengambil bahagian juga berjaya mendapatkan peluang dan petunjuk berpotensi yang serius daripada pembeli Indonesia. Salah satu projek mega yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia ialah pemindahan ibu kota ke Kalimantan (Nusantara). Selain itu, beberapa projek berpotensi sedia ada termasuk Projek Rebana di Jawa Barat yang boleh menjadi pemangkin syarikat Malaysia untuk meneroka dan seterusnya meletakkan rangkaian produk dan perkhidmatan mereka di pasaran Indonesia. Megabuild 2022 Jakarta, Indonesia 8-11 Mac 2022 SEKTOR PEMBINAAN & PERKHIDMATAN PERNIAGAAN MATRADE bersama syarikat Malaysia di Pavilion Megabuild 2022, Indonesia ACETECH merupakan siri pameran seni bina, bahan binaan, reka bentuk dan hiasan terbesar di Asia. Ia diiktiraf sebagai portfolio utama acara India untuk membawa pemain antarabangsa dan domestik utama dari industri pembinaan, bangunan dan dalaman. Lebih 550 peserta pameran menyertai ACETECH 2022 dengan majoritinya adalah syarikat India diikuti oleh wakil tempatan jenama antarabangsa. Astaka negara yang ditampilkan pada pameran itu ialah Malaysia dan China. Tahun 2022 menandakan kehadiran pertama MATRADE dalam edisi Mumbai serta kembalinya MATRADE ke pameran ini sejak penyertaannya dalam edisi Delhi pada 2018. Sebanyak lapan syarikat Malaysia mengambil bahagian sebagai pempamer antarabangsa di bawah Malaysia Pavilion. MATRADE telah mengaturkan sebanyak 86 mesyuarat perniagaan semasa pameran berlangsung. Antara produk yang diketengahkan oleh syarikat Malaysia adalah lantai resin, tangki panel, pelet plastik serta perkhidmatan yang berkaitan dengan pensijilan bertauliah, makmal ujian dan perundingan bangunan hijau. Sektor pembinaan India adalah enjin ekonomi negara dan memainkan peranan dalam mempercepatkan pertumbuhan keseluruhan negara. Dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 10 peratus menjelang tahun 2027, industri pembinaan merupakan salah satu sektor yang paling kompetitif di India. ACETECH Mumbai 2022 Mumbai, India 10-13 Nov 2022 MATRADE bersama wakil syarikat Malaysia di Malaysia Pavilion di ACETECH Mumbai 2022
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0