60 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN The Big 5 Dubai merupakan pameran perdagangan terbesar bagi sektor pembinaan dan bahan binaan rantau Timur Tengah. Ia menarik penyertaan lebih 2,000 peserta pameran dari lebih 60 negara termasuk organisasi antarabangsa, badan rasmi dan persatuan perdagangan dari UAE, Arab Saudi, Malaysia, Thailand, Jerman, Perancis, Itali dan Turki. Edisi ke-43 The Big 5 Dubai telah menyaksikan penyertaan berterusan ke-21 Malaysia bagi mempromosikan eksport produk dan perkhidmatan pembinaan dan bahan binaan negara ke UAE dan kawasan sekitarnya. Walaupun terdapat kekangan bajet, MATRADE berjaya menerajui penyertaan 12 syarikat Malaysia di bawah Malaysia Pavilion berbanding tahun sebelumnya di mana hanya dua syarikat mengambil bahagian berikutan pandemik dan sekatan perjalanan. Antara produk yang mendapat sambutan sepanjang pameran itu adalah getah kitar semula, soket elektrik dan aksesori pendawaian, produk kalis air dan bahan tambahan untuk pembinaan jalan raya . Lebih 800 pelawat melawat astaka Malaysia dan 545 pertanyaan perdagangan diterima oleh syarikat Malaysia. Kebanyakan pertanyaan dan pelawat melibatkan pembeli dari wilayah MENA seperti Arab Saudi, Mesir, UAE dan Qatar serta pengunjung dari Asia Selatan, Afrika dan Eropah. Melalui usaha berterusan MATRADE, syarikat Malaysia yang telah mengambil bahagian mendapat peluang baharu dan potensi petunjuk memandangkan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan buatan Malaysia masih tinggi berikutan kualiti dan kepercayaan pelanggan sedia ada. Sektor pembinaan UAE didorong oleh agenda pembangunan negara yang tertumpu pada infrastruktur perindustrian, pengangkutan dan tenaga negara. Nilai industri pembinaan di UAE dijangka berkembang antara 3.7-4.7 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang. The Big 5 Dubai 2022 Dubai, United Arab Emirates 5-8 Dis 2022 MATRADE bersama wakil syarikat Malaysia di Pavilion Malaysia The Big 5 Dubai 2022 MATRADE telah melaksanakan INSP bersempena pameran ARCHIDEX yang berlangsung daripada 29 Jun sehingga 2 Julai 2022. Pameran seni bina pemenang anugerah dan terkemuka di Asia ini merupakan pameran perdagangan tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2000. Tahun 2022 merupakan kerjasama kali kedua MATRADE dengan penganjur acara INSP fizikal sempena ARCHIDEX bersama syarikat C.I.S Network Sdn Bhd. Selain pameran dan padanan perniagaan, acara kemuncak lain yang dijalankan adalah Pertandingan Idea Bandar Masa Depan, Pertandingan ARCHITAlent (Peringkat ASEAN) dan Malam Ahli Pertubuhan Arkitek Malaysia. INSP ini berjaya mengaturkan sebanyak 31 mesyuarat perniagaan disertai 29 syarikat Malaysia serta dua pembeli asing dari Indonesia yang mempunyai rangkaian luas dalam sektor pembinaan dan bahan binaan. Antara produk dan perkhidmatan yang dipromosikan oleh syarikat Malaysia termasuk sistem dek, kaca keselamatan, penyelesaian rumah pintar, konkrit pra-tuang dan konkrit bersepadu mesin dan acuan. INSP sempena pameran Seni Bina Reka Bentuk Dalaman dan Bangunan Antarabangsa (ARCHIDEX) Jakarta, Indonesia 8-11 Mac 2022 Penyertaan di dalam satu Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) seperti berikut: MATRADE bersama pembeli asing di INSP sempena pameran ARCHIDEX 2022 syarikat Malaysia 29 mesyuarat perniagaan 31
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0