Laporan Tahunan MATRADE 2022

61 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 EMPOWER TRADE ASSOCIATION (ETA) KOLABORASI KEMENTERIAN/AGENSI KERAJAAN TAHUN 2022 Program ETA bertujuan mengukuhkan ekosistem eksport bagi meningkatkan eksport negara. Persatuan-persatuan Perdagangan bertindak sebagai penggerak utama menerajui ahli-ahli mereka dalam mempromosikan eksport. Hasrat ini selaras dengan peranan persatuan berkenaan dalam membantu meningkatkan pendapatan ahli-ahli sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada kerajaan. Ia juga selaras dengan aspirasi Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp) untuk memperkasa Persatuan Perdagangan. Program ini telah mendapat sambutan amat menggalakkan dengan 16 persatuan perdagangan diluluskan untuk sejumlah 23 program daripada 20 persatuan yang memohon untuk 35 program. RM10.09 billion jualan eksport dicatatkan berbanding RM3.35 juta yang dibelanjakan Sektor-sektor baharu yang berjaya dieksport termasuk: kejuruteraan, pembinaan, farmaseutikal, perkhidmatan guaman, quantity surveyor, perabot dan francais & peruncitan (retail). Pasaran bukan tradisional dan baharu berjaya ditembusi termasuk: Afrika Selatan, Kemboja, Poland, Mongolia dan Timor Leste (contohnya 11 MoU telah ditandatangani di Timor Leste oleh Malaysia Service Providers Confederation (MSPC) termasuk untuk pembekalan perkhidmatan dalam pelbagai bidang). Kejayaan ini memberikan kesan rantaian secara langsung kepada 273 syarikat Malaysia termasuk 213 syarikat (78 peratus) Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS). Penglibatan PMKS di pasaran tersebut secara langsung telah berjaya menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dengan mewujudkan peluang pekerjaan hasil daripada penambahbaikan dan pertambahan saiz kapasiti pengeluaran. Program ini berjaya mengupayakan Persatuan Perdagangan sebagai pelengkap kepada usaha kerajaan meningkatkan eksport negara, khususnya semasa dalam keadaan di luar jangka seperti pandemik COVID-19 dan kekangan kewangan. Selain itu, ia turut memberikan ‘ownership’ secara langsung kepada Persatuan-persatuan Perdagangan yang meningkatkan komitmen mereka menerajui ahli masing-masing menembusi pasaran eksport termasuk industri berimpak tinggi seperti sektor minyak & gas dan kimia & tenaga. Jalinan kerjasama yang lebih erat bersama Pejabat Perdagangan MATRADE di luar negara juga dilihat sebagai pemangkin dalam membina semula ekonomi sejajar dengan tonggak utama Malaysia Madani. PENCAPAIAN ETA 2022 23 cadangan daripada 16 persatuan perdagangan diluluskan di bawah ETA 2022 Mempromosikan 273 syarikat dari pelbagai sektor seperti makanan & minuman, elektrik & elektronik, penjagaan diri & kosmetik, francais serta pembinaan & perkhidmatan berkaitan, melalui persatuan-persatuan perdagangan RM10.09 billion jualan eksport dilaporkan (berdasarkan laporan sehingga 31 Dis 2022) Merangkumi pameran perdagangan dan misi perdagangan di pelbagai rantau dan benua: 13 di ASEAN 4 di Eropah 2 di Cina dan Asia Timur 2 di Afrika 1 di Amerika 1 di Asia Selatan

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0