Laporan Tahunan MATRADE 2022

62 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Dalam mengukuhkan jenama Malaysia di persada antarabangsa, MATRADE telah menyertai China-ASEAN Expo (CAEXPO) yang merupakan salah satu pameran perdagangan antarabangsa terbesar di China. Acara tahunan yang diadakan di Nanning, Wilayah Guangxi, China melibatkan penyertaan negara ASEAN dan syarikat tempatan dari seluruh China. CAEXPO merupakan satu landasan terkemuka yang akan merancakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan serantau melalui Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (ACFTA). 19TH CHINA-ASEAN EXPO (CAEXPO) 2022 JAWATANKUASA KERJASAMA EKONOMI MALAYSIA-TAIWAN (MTECC) Tahun 2022 merupakan penyertaan Malaysia kali ke-19 sejak tahun 2004 dan dilaksanakan secara hibrid dengan penyertaan 18 buah syarikat. Pada edisi ini, Malaysia merupakan Negara Kehormat (Country of Honour) buat kali kedua selepas tahun 2011. MATRADE juga telah menyelaras penyertaan 11 buah syarikat Malaysia secara maya. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pula menyelaras penyertaan empat syarikat yang mempromosikan produk berkaitan minyak sawit manakala Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) pula membawa tiga syarikat yang mempromosikan sektor pelancongan. Antara produk dan perkhidmatan yang dipromosikan adalah penjagaan kesihatan, gaya hidup, makanan dan minuman serta minyak dan gas. Sepanjang empat hari pameran CAEXPO, MATRADE telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti sesi pemadanan perniagaan, sesi jualan secara siaran langsung, seminar dan sebagainya. Lebih 60 sesi pemadanan perniagaan telah dianjurkan untuk pempamer fizikal. Penyertaan Malaysia pada CAEXPO edisi ke-19 ini turut mendapat liputan meluas oleh media China dan Malaysia serta kunjungan tetamu kehormat dari kedua-dua buah negara. TKSU(P) hadir ke majlis resepsi Hari Malaysia sempena CAEXPO 2022 Gambar beramai-ramai delegasi MTECC 2022 Melalui Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi Malaysia-Taiwan (MTECC), terdapat lima sektor kerjasama yang telah dibincangkan iaitu e-Dagang; Halal; Akses Pasaran & Keterjaminan Makanan; Promosi Perdagangan dan Mesyuarat, Insentif, Persidangan, dan Pameran (MICE). Bagi sektor e-Dagang, MATRADE bersama MDEC serta Institut Penyelidikan Pembangunan Perdagangan Taiwan (CDRI) telah berjaya menganjurkan Kempen Jualan Malaysia Select 2022 dari 1 hingga 13 November 2022 melalui platform EasyStore. Kempen selama dua minggu itu juga adalah bersempena Jualan Single’s Day pada 11 November 2022 yang telah membantu capaian pengguna lebih tinggi. Dalam kerjasama sektor halal, delegasi Taiwan telah mengambil bahagian dalam MIHAS edisi ke-18 tahun 2022, di mana 14 pempamer Taiwan mempromosikan pelbagai produk halal seperti makanan dan minuman serta gaya hidup. Sebanyak lima syarikat Taiwan turut menyertai sesi padanan perniagaan secara hibrid. Sepanjang tahun 2022, terdapat beberapa aktiviti pameran berkaitan halal telah diadakan di Malaysia dan Taiwan. Sebagai contoh, satu pertandingan masakan halal sempena Taiwan Expo 2022 telah diadakan di Malaysia pada 6 Ogos 2022 dan seminar hibrid di Taipei bertajuk Spearheading the Global Halal MedicalIndustry in Malaysia yang diterajui MATRADE Taipei bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Malaysian Friendship & Trade Center (MFTC). Dari segi kerjasama promosi perdagangan, turut diadakan satu program latihan atas talian antara pegawai Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) dan MATRADE pada 20 April 2022. Pelbagai topik perkongsian diadakan dalam latihan tersebut antaranya mengenai industri halal, e-Dagang, industri semikonduktor dan pasaran Afrika yang telah memanfaatkan lebih 120 pegawai MATRADE dan TAITRA.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0