64 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) merupakan program utama anjuran MATRADE bagi meneraju agenda pengantarabangsaan produk dan perkhidmatan Halal Malaysia terutamanya PMKS tempatan ke persada dunia. Pertama kali diadakan pada tahun 2004, MIHAS telah dikenali dan diiktiraf sebagai platform terulung kepada perdagangan halal global. Selaras dengan komitmen untuk mengukuhkan pemulihan ekonomi negara, MIHAS edisi ke-18 telah dianjurkan dari 7 hingga 10 September 2022 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur. Dengan tema ‘Mempelbagaikan Kemungkinan Halal’, edisi pameran tahun 2022 ini telah berlangsung secara hibrid di mana pendekatan virtual terus diberi keutamaan bagi mengekalkan momentum agenda pendigitalan untuk industri Halal. MIHAS Kuala Lumpur,Malaysia 7-10 Sept 2022 PAMERAN HALAL ANTARABANGSA MALAYSIA (MIHAS) MIHAS 2022 menampilkan empat komponen utama iaitu pameran produk dan perkhidmatan Halal, Program Penyumberan Antarabangsa (International Sourcing Programme), Hab Pengetahuan dan Anugerah MIHAS. Ianya telah merekodkan penyertaan pemain-pemain industri daripada 33 buah negara termasuk Malaysia melalui 1,258 reruai dan telah menarik pelawat seramai 32,356 orang. MATRADE juga telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah ‘World Trade Promotion Organisation (WTPO) 2022’ bagi kategori Penggunaan Teknologi Maklumat Terbaik oleh International Trade Centre (ITC), sebuah organisasi di bawah struktur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpengkalan di Geneva, mengatasi pesaing dari Austria, Canada dan Tanzania. Anugerah ini mengiktiraf inisiatif MATRADE dalam mengaplikasikan pendigitalan dalam usaha mempromosi eksport sewaktu pandemik iaitu melalui penganjuran MIHAS 2021 secara maya sepenuhnya. 32,356 INSP reruai pelawat 1,258
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0