Laporan Tahunan MATRADE 2022

65 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Program Electronic Business Linkage (eBizLink) merupakan inisiatif baharu berimpak tinggi oleh kerajaan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), yang dilaksanakan oleh MATRADE dalam memacu pertumbuhan eksport Malaysia dengan memanfaatkan platform hibrid. eBizLink dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan tempatan dan antarabangsa termasuk agensi kerajaan berkaitan, perniagaan, penyedia e-pasaran dan pemain industri yang disokong oleh 46 pejabat luar negara MATRADE di seluruh dunia. Program ini diperuntukkan dengan bajet RM5 juta untuk tempoh 19 bulan bermula Jun 2021 hn ingga Disember 2022. Program ini menyediakan solusi yang kos efektif dan lestari kepada syarikat pengeksport Malaysia meliputi perusahaan kecil, sederhana dan mikro (MSME) dan syarikat peringkat pertengahan (SPP) bagi merebut peluang perniagaan baharu dalam pasaran global dan membuat peralihan ekonomi sedia ada kepada ekonomi digital. Kempen ini memberi penekanan terhadap pemasaran digital melalui program seperti penstriman langsung oleh pempengaruh (influencer) dan platform maya. Promosi produk secara fizikal turut diintegrasi dengan platform media sosial untuk memperhebatkan kempen jualan secara dalam talian untuk mempromosi produk dan jenama Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa. Melalui eBizLink, kerajaan menyasarkan untuk menyediakan MSME dan SPP dengan keperluan dan sumber yang mereka perlukan untuk berkembang dan berjaya dalam ekonomi digital. Campaign Taste of Malaysia di Asia Market, Dublin, Ireland menampilkan dua pempengaruh iaitu Marcus O’Laoire dan Chef Sham Perkara ini dilakukan dengan memanfaatkan kempen jualan dalam talian antarabangsa dan serantau untuk mempromosikan produk dan jenama Malaysia di peringkat global. Program eBizLink berjaya: • Melaksanakan 46 Kempen eBusiness Global oleh Pejabat MATRADE Luar Negara; • Memanfaatkan 995 syarikat Malaysia; • 11 kempen menampilkan 47 pempengaruh in China, United Kingdom, Belanda, Singapura, Thailand, Filipina, Myanmar, Kazakhstan and Uzbekistan dan; • Sektor yang mendapat permintaan tertinggi adalah makanan dan minuman diikuti produk penjagaan diri, penjagaan kesihatan, pembuatan automotif dan perkhidmatan pendidikan. Mengambil kepentingan pemasaran digital dalam situasi ekonomi semasa dan kejayaan eBizLink, kerajaan telah meluluskan kesinambungan inisiatif ini melalui program Pembangunan e-Dagang Rentas Sempadan di bawah Rolling Plan 3 (RP3) RMK12 untuk 2023. ELECTRONIC BUSINESS LINKAGE (eBizLink)

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0