66 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang ditandatangani oleh Malaysia adalah salah satu mekanisme terbaik untuk mengakses ke pasaran luar negara bagi produk dan perkhidmatan Malaysia. FTA adalah perjanjian perdagangan bebas antara dua atau lebih negara yang akan diberi keutamaan untuk mengakses ke pasaran luar. Setiap negara rakan FTA akan menawarkan pengecualian, insentif serta kemudahan antara satu sama lain bagi tujuan perdagangan, pelaburan serta berpotensi bagi penyediaan perkhidmatan serta kerjasama dalam bidang berkaitan ekonomi. Setakat ini, Malaysia telah menandatangani sebanyak 16 FTA dan kesemuanya telah berkuatkuasa. Tujuh daripadanya merupakan perjanjian dua hala dengan Australia, Chile, India, Jepun, New Zealand, Pakistan dan Türkiye. Malaysia turut menandatangani sembilan FTA serantau yang terdiri daripada tujuh perjanjian melalui ASEAN dengan Australia, China, Hong Kong SAR, Jepun, India, New Zealand dan Republik Korea (ROK) serta dua lagi FTA Serantau iaitu Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) yang berkuat kuasa pada tahun 2022. RCEP merupakan perjanjian FTA yang terbesar di dunia iaitu merangkumi 2.2 bilion penduduk dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global sebanyak 30 peratus. Dengan adanya perjanjian RCEP, ia akan memberikan manfaat serta berpotensi untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi global selain mengeratkan integrasi ekonomi serantau. Negaranegara RCEP terdiri daripada negara ASEAN dengan Lima rakan dagang iaitu Australia, China, Jepun, New Zealand dan Republik Korea (ROK). Perjanjian CPTPP telah ditandatangani oleh 10 negara pada tahun 2018. Perjanjian ini telah dikuatkuasakan oleh Australia, Chile, Kanada, Jepun, Mexico, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Buat masa ini, Brunei masih belum meratifikasi perjanjian CPTPP. FTA membolehkan pengeksport Malaysia mendapat keutamaan akses ke pasaran negara yang terlibat. FTA juga mempertingkatkan daya saing pengeksport Malaysia melalui penjimatan kos daripada pengurangan atau penghapusan halangan tarif dan bukan tarif serta liberalisasi dalam peraturan dan prosedur perdagangan. Bagi sektor perkhidmatan pula, FTA menyediakan akses pasaran yang lebih baik untuk pelbagai perkhidmatan komersial dan profesional serta memudahkan pelabur Malaysia untuk melabur ke negara rakan FTA. Menyedari keistimewaan dan kemudahan yang ditawarkan melalui FTA, MATRADE telah bekerjasama dengan MITI untuk memastikan pengeksport Malaysia sentiasa mendapat maklumat lengkap dan terkini mengenai manfaat FTA. Pada 2022, nilai dagangan Malaysia dengan rakan FTA mencatat 67.3% dari jumlah dagangan negara (RM1.916 trilion) dan 68.9% jumlah eksport negara (RM1.069 trillio PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA) 7 FTA DUA HALA Negara Tahun Berkuatkuasa Malaysia & Jepun Malaysia-Japan Economic Partnership Agreement (MJEPA) 2006 Malaysia & Pakistan Malaysia-Pakistan Closer Economic Partnership Agreement (MPCEPA) 2008 Malaysia & New Zealand Malaysia-New Zealand Free Trade Agreement (MNZFTA) 2010 Malaysia & India Malaysia-India Comprehensive Economic Cooperation Agreement (MICECA) 2011 Malaysia & Chile Malaysia-Chile Free Trade Agreement (MCFTA) 2012 Malaysia & Australia Malaysia-Australia Free Trade Agreement (MAFTA) 2013 Malaysia & Türkiye Malaysia-Türkiye Free Trade Agreement (MTFTA) 2015
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0