Laporan Tahunan MATRADE 2022

67 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 MATRADE bekerjasama dengan organisasi antarabangsa dan tempatan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan kerjasama promosi perdagangan dan meluaskan akses pasaran. Pada tahun 2022, sebanyak 19 MoU yang ditandatangani oleh MATRADE masih berkuat kuasa. Daripada jumlah tersebut, 16 MoU merupakan MoU bersama organisasi antarabangsa manakala dua MoU adalah bersama entiti Malaysia. Objektif utama kerjasama ini adalah untuk mempromosikan eksport Malaysia melalui kerjasama semasa penganjuran program seperti Misi Akselerasi Eksport (EAM), seminar perniagaan dan penyertaan dalam pameran perdagangan, mesyuarat padanan perniagaan, penyertaaan di dalam program perkongsian serta mengambil bahagian sebagai penceramah di dalam seminar/ webinar. Selain itu, MATRADE telah mengambil inisiatif dalam bidang kelestarian dengan menjalankan kerjasama sebagai rakan strategik melalui MoU yang ditandatangan. MoU yang telah ditandatangani akan dikaji setiap tahun bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan program serta meningkatkan kerjasama yang dipersetujui antara kedua-dua pihak demi kepentingan bersama. MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) 9 FTA SERANTAU Negara Tahun Berkuatkuasa ASEAN ASEAN Free Trade Area (AFTA) 1993 ASEAN & China ASEAN-China Free Trade Agreement (ACFTA) 2003 ASEAN & Republic of Korea ASEAN-Korea Free Trade Agreement (AKFTA) 2006 ASEAN & Japan ASEAN-Japan Comprehensive Economic Partnership (AJCEP) 2009 ASEAN, Australia & New Zealand ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade Agreement (AANZFTA) 2010 ASEAN & Hong Kong SAR ASEAN-Hong Kong Free Trade Agreement (AHKFTA) 2019 ASEAN & India ASEAN-India Free Trade Agreement (AIFTA) 2010 Regional Comprehensive Economic Partnership Agreement (RCEP) 2020 Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) 2020

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0