Laporan Tahunan MATRADE 2022

68 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Matlamat 2 MENDIGITALISASIKAN EKSPORT Program eTRADE 2.0 bertujuan untuk terus membantu PMKS Malaysia mempromosikan produk ke pasaran global menerusi penyenaraian di platform e-Dagang rentas sempadan serta menjalankan aktiviti pemasaran digital dan menyertai latihan berkaitan e-Dagang untuk memperkasakan keberadaan PMKS Malaysia di dalam talian. Terdapat dua skim insentif untuk dinikmati oleh PMKS Malaysia iaitu Skim Onboarding dan Skim Pemasaran Digital & Latihan (DMT). Melalui Skim Onboarding, PMKS boleh menikmati bantuan sehingga RM5,000 untuk menampung sebahagian daripada kos penyenaraian di platform e-Dagang rentas sempadan. Di bawah Skim DMT pula, PMKS boleh menerima sehingga RM20,000 bagi tujuan pemasaran digital dan latihan berkaitan e-Dagang untuk tujuan eksport. Melalui risikan pasaran, MATRADE mendapati semakin ramai pengimport melibatkan rakan dagang utama negara menggunakan e-Dagang sebagai medium urus niaga mereka. Justeru itu, MATRADE mengambil beberapa langkah bagi memperkukuhkan program e-Dagang sebagai tindak balas kepada keperluan penggunaan e-Dagang dalam bidang perniagaan khususnya eksport. Sebanyak 40 program kesedaran dan aktiviti jangkauan telah dijalankan di mana kebanyakannya adalah program kolaborasi melalui penganjuran seminar atau webinar dengan platform e-Dagang rentas sempadan seperti Alibaba.com, Amazon.com, eBay, JD.com dan banyak lagi. Seramai 3,050 peserta telah menyertai program ini. Program eTRADE 2.0 telah membantu sebanyak 585 PMKS dengan 438 daripada syarikat itu telah menyertai Skim Onboarding manakala 147 lagi bagi Skim Pemasaran Digital & Latihan (DMT). Sektor produk utama PMKS yang dibantu di dalam program ini adalah makanan tersedia, minuman, farmaseutikal, penjagaan diri & kosmetik, barangan isi rumah dan produk pertanian. Forum Leveraging on B2B e-Commerce for Successful Global Halal Supply, 9 September 2022 Sesi pemadanan perniagaan di INSP pameran ARCHIDEX 2022

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0