Laporan Tahunan MATRADE 2022

69 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 MENYEDIAKAN RISIKAN PASARAN Matlamat 3 Penerbitan Market Alert (MA), Product Market Study (PMS) dan Trade Leads menyediakan risikan pasaran dalam bentuk laporan dan kajian berkaitan produk, perkhidmatan serta maklumat pasaran yang terkini dan komprehensif. Ini termasuk pertanyaan perdagangan dan juga maklumat mengenai mana-mana dasar negara pengimport serta piawaian yang dikenakan untuk mengeksport produk atau perkhidmatan tertentu. Maklumat ini disalurkan kepada syarikat Malaysia bagi meningkatkan pengetahuan mereka tentang pasaran eksport serta peluang di pasaran yang disasarkan. Risikan pasaran dapat membantu pengeksport untuk: 1. Mengenal pasti peluang sasaran pasaran antarabangsa dengan lebih pantas, sahih dan tepat serta memahami kecenderungan pelanggan di sesebuah negara yang dikenal pasti untuk diterokai; 2. Membuat keputusan dengan lebih tepat dan efektif melalui informasi serta analisis yang sahih; 3. Meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat melalui pengumpulan dan rumusan yang diperoleh daripada risikan pasaran; 4. Membentuk strategi pemasaran yang unik dan berimpak tinggi; 5. Meningkatkan daya saing dalam pasaran antarabangsa; dan LAPORAN SERTA KAJIAN PRODUK & PASARAN MATRADE membantu syarikat Malaysia dengan memantau perkembangan peluang perniagaan di pasaran luar negara. Risikan pasaran merupakan faktor penting bagi syarikat yang berhasrat untuk menerokai pasaran eksport. Melalui risikan pasaran, maklumat penting seperti perubahan teknologi, jangkaan pelanggan, gangguan rantaian bekalan global dan halangan bukan tarif boleh diperoleh. Maklumat ini berguna bagi syarikat menyusun strategi eksport mereka ke pasaran antarabangsa. Rangkaian 46 pejabat MATRADE luar negara bertindak sebagai penasihat perdagangan untuk berunding dengan pengimport dan pemain industri serta menyediakan risikan pasaran. Risikan pasaran yang diedarkan kepada pengeksport adalah laporan serta kajian produk dan pasaran dalam bentuk Market Alert (MA), Product Market Study (PMS) dan Trade Leads yang boleh diakses melalui platform digital MyExport. MATRADE juga menyediakan pelbagai penerbitan termasuk MATRADE Insight (MI) yang menyalurkan maklumat risikan pasaran serta majalah Exclusive from Malaysia (EFM) untuk mempromosi syarikat Malaysia di pasaran antarabangsa. Pusat Informasi Perniagaan (BIC) juga menyediakan bahan risikan komersial lain yang dilanggan dan diakses secara dalam talian. 6. Mengenal pasti serta menangani risiko dan ketidakpastian persekitaran luar jangka di pasaran antarabangsa. Pada tahun 2022, Pejabat MATRADE Luar Negara telah menghasilkan sejumlah 504 MA dan 107 PMS. MA merupakan laporan ringkas dan terkini mengenai maklumat pasaran, perubahan polisi dan juga maklumat perkembangan lain yang memberikan kesan terhadap permintaan eksport produk atau perkhidmatan oleh syarikat Malaysia. PMS pula merupakan laporan lengkap mengenai produk atau sektor secara spesifik dalam pasaran. Selain itu, maklumat mengenai permintaan pasaran dan keinginan pembeli luar boleh didapati melalui penerbitan Trade Leads. Ianya merupakan kompilasi maklumat pertanyaan perdagangan dari pengimport berpotensi. Syarikat yang berdaftar sebagai ahli MATRADE boleh mengakses kesemua risikan pasaran ini secara dalam talian melalui platform MyExport. Platform ini membolehkan syarikat Malaysia mendapat maklumat terkini dan tepat pada masanya. Di samping itu, notis tender antarabangsa juga boleh didapati di MyExport. Syarikat yang berdaftar dengan MATRADE digalakkan untuk melanggan platform MyExport secara percuma.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0