70 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Bahan penerbitan merupakan saluran media untuk menyampaikan maklumat perdagangan kepada pihak berkepentingan. Justeru itu, MATRADE menerbitkan MATRADE’s zInsight (MI) untuk menyalurkan maklumat risikan pasaran kepada komuniti pengeksport dan perindustrian Malaysia. MI merupakan artikel perdagangan yang telah ditambah baik oleh Ibu Pejabat MATRADE berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam Market Alert (MA) dan Product Market Study (PMS). MI menyalurkan maklumat mengenai peluang eksport, pembangunan pasaran serta maklumat penting atau analisis berkaitan perubahan peraturan/perundangan/rejim import (seperti halangan bukan tarif). Pada 2022, MATRADE telah menghasilkan sebanyak 190 artikel MI merangkumi 20 subsektor. Ia telah disalurkan kepada persatuan perdagangan dan agensi berkaitan untuk disebarkan kepada pihak berkepentingan dan pelanggan mereka menerusi bahan penerbitan masing-masing serta melalui e-mail. Menerusi MI, MATRADE telah menerima sebilangan besar pertanyaan perdagangan yang kemudiannya disalurkan ke pejabat MATRADE di luar negara untuk tindakan selanjutnya. Melihat kepada kejayaan penerbitan majalah Exclusive from Malaysia (EFM) pada tahun 2019, MATRADE meneruskan penerbitan EFM bagi tahun 2022. eMajalah ini dengan cogan kata Advancing Beyond Boundaries (Maju Merentas Sempadan) mempamerkan syarikat Malaysia yang menawarkan produk dan perkhidmatan unik dan inovatif. Penerbitan ini menyasarkan lebih 20,000 komuniti perniagaan antarabangsa dan diedarkan melalui Electronic Direct Mail (EDM) kepada pengimport dan pejabat MATRADE di seluruh dunia. Sebanyak dua isu telah diterbitkan dengan tema digitalisasi & ICT serta kelestarian. EFM ini boleh dicapai menerusi pautan https:// www.matrade.gov.my/en/choose-malaysia/directories/exclusivefrom-malaysia. PENERBITAN MATRADE Mulai Januari 2021, MATRADE berjaya menerbitkan MATRADE Links, sebuah e-akhbar yang dikeluarkan dua kali sebulan bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini kepada pihak berkepentingan mengenai trend dan perkembangan semasa industri dan pasaran antarabangsa. MATRADE Links juga mengandungi maklumat perdagangan terkini serta mengetengahkan aktiviti-aktiviti dan pencapaian MATRADE. MATRADE juga telah menerbitkan e-brosur Upcoming Events. E-brosur ini merupakan kalendar suku tahunan yang memaparkan sorotan aktiviti promosi dan pembangunan perdagangan MATRADE (dalam dan luar negara). Selain itu, pelbagai program bantuan bagi menyokong promosi perdagangan dan pembangunan pengeksport telah dilaksanakan iaitu mereka cipta dan menyediakan e-flyers, web banners dan lain-lain. MATRADE Links Melalui slogan One Centre, Multiple Resources, Pusat Informasi Perniagaan (BIC) merupakan antara perpustakaan khusus yang menyediakan pelbagai sumber informasi perdagangan yang paling komprehensif di Malaysia kepada komuniti perdagangan di dalam dan luar negara. Pelbagai genre dan bentuk sumber informasi perdagangan disediakan di Pusat Informasi Perniagaan (BIC) ini termasuklah sumber fizikal (bahan bercetak dan bukan bercetak), elektronik dan digital. Ia menyediakan sebanyak 23,328 judul koleksi fizikal, elektronik dan digital yang merangkumi statistik perdagangan, profil negara, profil syarikat, berita niaga, laporan risikan pasaran, jadual duti import dan sebagainya bagi membantu pengeksport tempatan bersaing di peringkat antarabangsa. BIC sentiasa komited dalam memastikan perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan kekal relevan dengan keperluan dan perkembangan trend masa kini. Selaras dengan era pendigitalan masa kini, BIC turut dilengkapi Sistem Pengurusan Perpustakaan dan Perkhidmatan Pangkalan Data untuk membolehkan komuniti perdagangan sentiasa dibekalkan informasi perdagangan terkini dan komprehensif daripada sumber maklumat rentas sempadan dan waktu yang boleh dipercayai . Pusat Informasi Perniagaan (BIC) 20,000 komuniti perniagaan antarabangsa
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0