71 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Global Trade Atlas EIU Solutions PIERS Prospects CTOS Basis Euromonitor Passport Nikkei Asia EMIS MERCOSUR Online CEIC Data LawSoft Pro Kompass International ProQuest eBook Central Informasi risikan perdagangan di MATRADE dapat membantu komuniti pedagang Malaysia untuk: 1. Mengenal pasti peluang sasaran pasaran antarabangsa dengan lebih pantas, sahih dan tepat serta memahami kecenderungankonsumer di sesebuah negara yang dikenal pasti untuk diterokai; 2. Memperoleh tinjauan pasaran antarabangsa yang lebih holistik; 3. Membuat keputusan dengan lebih tepat dan efektif melalui informasi serta analisa yang sahih; 4. Mengumpul pelbagai sumber dan informasi berkaitan industri dengan lebih pantas daripada sumber yang boleh dipercayai; 5. Meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat melalui pengumpulan dan rumusan yang diperoleh daripada risikan pasaran yang dilakukan; 6. Membentuk strategi pemasaran yang unik dan berimpak tinggi; 7. Meningkatkan daya saing positif dalam pasaran antarabangsa; 8. Penetapan matlamat dan perancangan perniagaan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan tepat; 9. Mengenal pasti serta menangani risiko dan ketidakpastian persekitaran luar jangka di pasaran antarabangsa; dan 10.Mengenal pasti serta merangka sasaran dan strategi pengiklanan yang lebih tepat serta penyediaan bahan promosi dan pemasaran yang lebih bersesuaian. 12 sumber digital melalui Perkhidmatan Pangkalan Data Dalam Talian adalah: Sepanjang tahun 2022, seramai 917 pelawat dan pengguna dalam kalangan komuniti perdagangan dimanfaatkan oleh komuniti pedagang secara fizikal. Namun sebanyak 2,337 pertanyaan bagi mendapatkan informasi perdagangan telah diterima serta dijawab oleh barisan pegawainya yang profesional sama ada secara bersemuka, panggilan telefon, e-mel dan aplikasi komunikasi. BIC juga menganjurkan pelbagai program dan latihan kepada komuniti pedagang iaitu: a. Sebanyak 61 Program Skil Literasi Maklumat dan Latihan serta 10 jerayawara telah dianjurkan dengan disertai 3,126 komuniti pedagang dan pegawai MATRADE. b. Hebahan sumber informasi terkini melalui penerbitan dalaman iaitu: i. BIC Highlights@BIC : Senarai sumber maklumat terkini seperti buku dan majalah, profil negara dan syarikat, laporan pasaran serta artikel daripada majalah luar dan dalam negara. ii. Booklicious@BIC : Hebahan bagi mempromosi koleksi bacaan santai di dalam mempergiatkan budaya membaca di kalangan pegawai dan ahli keluarga pegawai MATRADE. Perkhidmatan dan fasiliti lain yang disediakan termasuklah ruang bacaan, ruang kerja penyelidikan yang kondusif, khidmat pelanggan yang mesra dan profesional, perkhidmatan cetakan, fotokopi dan pengimbasan imej bermutu tinggi, kemudahan WiFi serta ruang bacaan umum yang santai. pengguna & pelawat 917 Program Skil Literasi Maklumat & Latihan 61 sesi Aktiviti Jerayawara & Program Jangkauan 10 sesi 1 sesi sumber informasi dirujuk 2,633,497 judul koleksi fizikal & digital 23,328 pertanyaan bagi mendapatkan informasi perdagangan 2,337 1,833 431 54 13 Bersemuka Emel Telefon Aplikasi Komunikasi Program & Aktiviti Dianjurkan 110 Program Khas Latihan Dalaman Pegawai BIC 1 sesi 24 sesi Aktiviti Hebahan Maklumat Terkini BIC Highlights @BIC Booklicious @BIC 12 sesi Jom Membaca Baca Seluruh Malaysia
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0