72 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Matlamat 4 MEMPERKASA PELAN EKSPORT NEGARA Matlamat 4 iaitu memperkasa pelan eksport negara, MATRADE memainkan peranan untuk memperkasakan eksport negara melalui penyediaan kajian Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (National Trade Blueprint - NTBp) yang bertujuan meningkatkan daya saing eksport Malaysia di pasaran global. Ia melibatkan pemantauan dan penyelarasan kesemua aspek dalam ekosistem eksport negara. Inisiatif ini dapat memantapkan ekosistem eksport negara melalui penglibatan pelbagai kementerian, agensi dan pihak swasta. MATRADE melalui peranannya sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Koordinasi Eksport (JK-X) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), bertanggungjawab memastikan syor-syor daripada NTBp dilaksanakan dalam jangka masa yang ditetapkan. Bagi menggerakkan Rangka Tindakan ini, sebanyak lapan teras strategik telah digariskan iaitu: 1. Mengukuhkan ekosistem eksport Menghapuskan kekangan dan kesukaran perniagaan bagi memastikan kelancaran proses eksport serta mewujudkan ekosistem yang mampan. antarabangsa dengan lebih Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah membangunkan Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (National Trade Blueprint - NTBp) 2021-2025 iaitu satu pelan tindakan yang komprehensif bagi memastikan kedudukan prestasi perdagangan Malaysia terus kukuh di arena antarabangsa. NTBp bertujuan untuk memacu ekosistem perdagangan yang lebih cekap melalui pengukuhan fasilitasi perdagangan, logistik, pematuhan piawaian, akses pasaran, kemampanan perniagaan, pendigitalan, pelaburan serta penjenamaan. RANGKA TINDAKAN PERDAGANGAN NASIONAL pantas, sahih dan tepat serta memahami kecenderungan pelanggan 2. Melonjakkan kapasiti dan keupayaan pengeksport Memperkukuhkan kapasiti dan keupayaan pengeluaran produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi menyertai rantaian pasaran global. 3. Meningkatkan kemampuan eksport Meningkatkan sokongan kepada sektor sedia ada yang berpotensi tinggi serta membimbing syarikat baharu di dalam rantaian bekalan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan mendorong eksport. 4. Menggalakkan pertumbuhan eksport menerusi teknologi dan e-dagang Memperkukuhkan daya saing dan bekerjasama dengan industri untuk menyokong peningkatan produktiviti dan pengantarabangsaan.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0