73 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 5. Memudah cara dan meluaskan akses pasaran Meningkatkan penglibatan bersama pemegang taruh di pasaran utama bagi menambah baik akses pasaran. 6. Mempromosi barangan dan jenama tempatan Meningkatkan kebolehlihatan jenama Malaysia di pasaran eksport serantau dan antarabangsa. 7. Memacu pertumbuhan menerusi pelaburan dan kepelbagaian eksportt Menarik pelaburan dan mempelbagaikan eksport adalah penting untuk Malaysia dalam menangani ketidaktentuan di dalam persekitaran perdagangan global. 8. Menggalakkan kelestarian dan inovasi Menggalakkan penerapan amalan dan standard yang lestari. Berdasarkan lapan teras strategik tersebut, 40 syor telah digariskan yang memerlukan penggemblengan tenaga daripada pelbagai kementerian, agensi, kerajaan negeri dan semua pihak berkepentingan serta pihak swasta yang terlibat dalam ekosistem perdagangan. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan NTBp, pelaksanaannya diselia oleh Jawatankuasa Koordinasi Eksport (JK-X) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dengan keanggotaan terdiri daripada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian. Jawatankuasa ini akan memantau pelaksanaan NTBp sebanyak tiga kali setahun. Pelaksanaan NTBp dipantau melalui Sistem Pemantauan yang telah dibangunkan dan digunakan mulai 31 Mei 2022. Bagi pihak MITI, MATRADE bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Koordinasi Eksport (JK-X) yang menyelaras program promosi eksport serta memantau keseluruhan ekosistem eksport negara. Ditubuhkan empat tahun lalu, jawatankuasa ini bertanggungjawab memupuk kerjasama di antara kementerian dan agensi agar sinergi yang maksimum dapat dicapai. JK-X turut memastikan persekitaran domestik yang menyokong perkembangan eksport negara dengan memantau pelaksanaan strategi yang berkesan. Sebagai urus setia, MATRADE menyelaras penganjuran mesyuarat berkala JK-X yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebanyak tiga kali setahun. MATRADE juga menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Kerja JK-X (JWC) sebanyak tiga kali setahun yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) MITI. Penganjuran kedua-dua mesyuarat ini penting bagi membincangkan dan meluluskan program promosi eksport serta memastikan ia dijalankan secara efektif dan membawa pulangan optimum kepada perbelanjaan negara. JAWATANKUASA KOORDINASI EKSPORT (JK-X) Di bawah seliaan JK-X, kerjasama kementerian dan agensi dalam Pasukan Petugas Sektoral (STF) yang diterajui MATRADE memberi impak positif kepada pembangunan eksport sektor masing-masing. STF memberi bimbingan kepada ‘focal point’ dari kementerian dan agensi untuk mengemas kini Sistem Pengurusan Promosi Perdagangan (TPMS) untuk keputusan kelulusan JK-X. Keputusan ini seterusnya akan digunakan bagi mendapatkan peruntukan dari Kementerian Kewangan (MOF) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Bagi tahun 2022, sebanyak 194 program promosi eksport berjaya dilaksanakan oleh 16 kementerian merangkumi 28 agensi dengan menghasilkan sebanyak RM25.43 bilion jualan eksport. Sebanyak 15 sektor telah dipromosikan termasuk sektor berimpak tinggi seperti minyak & gas, elektrik & elektronik, aeroangkasa, halal, ICT & kandungan kreatif serta pelancongan perubatan. Dalam memastikan sektor eksport negara mempunyai daya saing, JK-X turut diberi mandat untuk menyelia pelaksanaan syorsyor yang terkandung dalam Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp). Mesyuarat JK-X juga membincangkan dan mengawal selia pelaksanaan inisiatif di bawah NTBp. Aktiviti Objektif Mengawal selia pelaksanaan inisiatif di bawah NTBp Kumpulan Kerja (WG) (Kementerian, agensi dan pihak swasta) Memastikan inisiatif di bawah NTBp dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan Pihak Berkepentingan Mencadang program promosi eksport Semua kementerian dan agensi Pengumpulan maklumat mengenai cadangan program promosi eksport di TPMS Mengkaji dan mengkoordinasi cadangan program promosi eksport untuk pertimbangan JWC dan kelulusan oleh JK-X STF/MATRADE Pengesahan cadangan daripada kementerian dan agensi melalui perbincangan di peringkat mesyuarat STF Mengemukakan senarai program yang diluluskan oleh JK-X untuk pertimbangan MOF bagi kelulusan peruntukan MOF Pertimbangan peruntukan bagi cadangan program promosi eksport yang diluluskan oleh JK-X Jadual 1: Aktiviti di bawah JK-X
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0