Laporan Tahunan MATRADE 2022

75 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera, Wanita dan Belia (BWYEDP) merupakan sebuah program inklusif yang mensasarkan syarikat Malaysia dari kalangan Bumiputera, Wanita dan Belia yang baru dalam bidang eksport dan bersedia untuk mengeksport melalui bimbingan untuk menerokai pasaran antarabangsa serta membentuk sebuah kumpulan pengeksport yang berdaya saing dan berdaya tahan. BWYEDP diwujudkan pada 2004 sebagai Program Jangkauan Perdagangan MATRADE. Program ini yang pada asalnya untuk membangunkan pengeksport Bumiputera telah disusun semula pada 2005 untuk melibatkan usahawan wanita. Program ini telah dikemas kini pula pada 2014 untuk penyertaan usahawan belia. BWYEDP menawarkan program sokongan selama tiga tahun untuk menggalakkan syarikat yang terlibat berdaya saing dan mampan bagi mengembangkan eksport produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran antarabangsa. Ia adalah satu program intensif yang melibatkan latihan perniagaan pengeksport yang disesuaikan mengikut keperluan syarikat tertentu, termasuk latihan peningkatan kompentensi, pendedahan perniagaan antarabangsa, sesi jaringan hubungan dan pementoran, serta pembangunan kepimpinan dan keusahawanan. Sejak program ini diperkenalkan, BWYEDP telah meluluskan penyertaan sebanyak 430 syarikat milik Bumiputera, Wanita dan Belia dalam program ini. Sebanyak 342 syarikat telah tamat latihan manakala 58 syarikat masih mengikuti program. Bagi tempoh 2004-2022, sejumlah 954 aktiviti promosi perdagangan telah disertai oleh syarikat di bawah BWYEDP dengan RM19.07 bantuan kewangan telah disalurkan dan telah menjana jualan eksport sebanyak RM2.31 bilion. Pelancaran MATRADE Digital Learning (MDL) oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 8 September 2022 Webinars, Seminars & Bengkel Atas Talian • Peluang Pasaran Produk & Perkhidmatan • Penjenamaan & Pembungkusan • Peningkatan Mutu Produk • Penerokaan Pasaran • Pendigitalan • Perbankan • Insuran • Pelabelan 47 PROGRAMdisertai oleh 6046 buah syarikat 13 Modul Praktikal • Kesediaan Eksport • Aliran Proses Eksport • Dokumentasi Eksport • Penetapan Harga & Strategi Perundingan • Saluran Pengedaran Eksport • Pembiayaan Perdagangan • Mengenalpasti Pasaran-Pasaran Berpotensi • Perjanjian Perdagangan Bebas & Manfaatnya • Perkara yang Perlu & Tidak Perlu dilakukan dalam Eksport • Komponen Aktiviti Promosi Eksport dan Medium Pengeksportan • Dasar Perdagangan yang Berkaitan Mengenai Eksport • Kisah Kejayaan • Modul Bebas PROGRAM PEMBANGUNAN PENGEKSPORT BUMIPUTERA, WANITA DAN BELIA (BWYEDP)

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0