Laporan Tahunan MATRADE 2022

76 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Program GlobPreneur di bawah X-SEED telah diluluskan dan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Mac 2021 bawah PEMERKASA (Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi). Program ini merupakan satu program bimbingan bagi merancakkan lagi eksport negara serta mengurangkan jurang eksport dan bilangan pengeksport PKS antara tiga negeri terkemuka iaitu Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Program ini menyasarkan PKS yang bersedia untuk eksport di Sabah, Sarawak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah dan Perlis. Program GlobPreneur merupakan program yang komprehensif melibatkan kerjasama kerajaan negeri di negeri-negeri yang disasarkan bagi membantu kesediaan PKS untuk mengeksport. Program ini dirangka khusus untuk pengeksport PKS dalam menangani ketidakseimbangan bilangan pengeksport PKS dalam kalangan negeri-negeri sasaran serta membangunkan syarikat PKS berpotensi mengembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa. Program ini merangkumi empat aktiviti utama: i. Pengambilan - Capaian kepada PKS yang berpotensi serta bekerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan dalam mengenal pasti dan menilai keupayaan syarikat bagi program tersebut. ii. Diagnostik & Pembangunan Kapasiti - Membantu syarikat dalam menyediakan strategi eksport, menyediakan latihan yang relevan melalui program pembangunan kapasiti MATRADE dengan modul yang berunsurkan inovasi, vpengkomersialan penyelidikan dan pembangunan serta kemampanan termasuk membimbing syarikat PKS iii. Menembusi Pasaran - Terlibat dalam program promosi eksport MATRADE atau program penembusan pasaran yang sesuai untuk PKS yang terpilih. iv. Kajian Nilai Impak, Maklum Balas dan Pelaporan - Untuk memastikan PKS yang terpilih dibimbing dengan betul dan dipantau dengan sewajarnya untuk kejayaan eksport. X-SEED Bagi tahun 2022, jumlah jualan eksport direkodkan dari aktiviti BWYEDP adalah RM116.5 juta, peningkatan 53.9% berbanding tahun 2022. Selain daripada program BWYEDP yang dikendalikan sepenuhnya oleh MATRADE, hubungan strategik juga telah dijalin dengan beberapa agensi kerajaan bagi mengendalikan secara kerjasama program-program berkaitan Bumiputera seperti di bawah: Program Kerjasama Dengan Agensi Untuk Pembangunan Eksport PKS Bumiputera Bumiputera Initiative for Globalisation (B.I.G) MATRADE adalah agensi pelaksana bagi program Bumiputera Initiatives for Globalisation (B.I.G) di bawah kendalian Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang bertujuan membantu syarikat Bumiputera yang berdaya saing dan berimpak tinggi meluaskan pasaran mereka ke peringkat global. Pencapaian sehingga 2022 adalah seperti berikut: Galakan Eksport Bumiputera (GEB) Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) merupakan sebuah program pembangunan oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) sebagai agensi pelaksana dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menawarkan inisiatif berkonsepkan hybrid iaitu geran mudah cara dan pinjaman mudah kepada PKS Bumiputera. Program ini diwujudkan untuk membangunkan keupayaan serta menambah bilangan PKS Bumiputera dalam pasaran eksport melalui pakej bantuan bersepadu bagi menerokai pasaran baharu, pemadanan perniagaan dan perluasan pasaran. MATRADE, EXIM Bank dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) merupakan ahli jawatankuasa dalam program ini. MATRADE berperanan dalam menyalurkan maklumat berkaitan eksport kepada syarikat terbabit. Business Exporters Programme (BEP2.0) BEP2.0 merupakan program anjuran SME Bank yang dijalankan secara kerjasama dengan MATRADE untuk menyalurkan informasi tentang peluang eksport dan program promosi eksport luar negara.PKS akan menyertai program ini untuk tempoh tiga (3) tahun termasuk satu (1) tahun tempoh pemantauan yang bertujuan meningkatkan keupayaan eksport PKS Bumiputera untuk menembusi pasaran global. Bagi tahun 2022, sebanyak empat (4) aktiviti promosi eksport telah dijalankan di bawah kerjasama membantu 42 PKS daripada pelbagai sektor termasuk F&B, Penjagaan Kesihatan, ICT, Minyak & Gas dan banyak lagi. Inisiatif yang dijalankan pada 2022 mampu menjana sejumlah RM242.1 juta nilai jualan eksport. KPI Pencapaian Jumlah Jualan Eksport RM150 m 7 90 9 2 25 RM1.96 b 7 120 33 pasaran 9 119 Sasaran Syarikat Penerima Geran PKS dibimbing menembusi pasaran Pasaran ditembusi Jenama Malaysia diperkenalkan di luar negara Peluang pekerjaan dicipta

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0