77 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Selain Program GlobPreneur, Unit Pembangunan Eksport PKS (XSEED) juga fokus kepada tiga program tambahan: a) Program Kerjasama dengan Kerajaan Negeri Program ini merupakan program pembangunan pengeksport PKS yang direka berdasarkan keperluan PKS untuk mengeksport dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Syarikat PKS yang terpilih dari negeri yang disasarkan akan dibimbing untuk menyertai program pembangunan eksport dan aktiviti promosi eksport dengan kerjasama kerajaan negeri. b) Program Kolaborasi & Kerjasama Strategik Program ini dirangka khusus untuk memperkasakan syarikat PKS dengan sokongan daripada pihak lain dalam kalangan ekosistem eksport seperti institusi kewangan bagi meningkatkan keupayaan PKS dalam aktiviti eksport. MATRADE telah memeterai beberapa MoU menerusi program kerjasama strategik ini seperti MoU antara MATRADE dengan CIMB dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) untuk mengenal pasti dan mempromosikan Pengeksport Hijau Malaysia, MoU MATRADE dengan Bank Islam Malaysia Berhad bagi membantu pengeksport PKS dalam pendigitalan melalui inisiatif SMEXpert dan Program Pembiayaan Eksport PKS untuk menyediakan bantuan kewangan kepada PKS yang mengeksport. Program kolaborasi dan kerjasama ini merupakan satu inisiatif yang diambil bagi memastikan PKS kekal mampan di arena antarabangsa. c) Program Kelestarian Dengan peningkatan permintaan produk-produk yang lestari dari pasaran antarabangsa, X-SEED telah bekerjasama dengan beberapa rakan strategik dalaman MATRADE yang terlibat dengan kelestarian dan ekosistem eksport untuk memberi manfaat kepada PKS dalam inisiatif export mereka. Hasil kerjasama ini telah berjaya meningkatkan kefahaman PKS tentang keperluan mempraktikkan kelestarian dalam penghasilan produk dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pasaran eksport. Kelestarian eksport ialah produk dan perkhidmatan yang mesra alam, bebas daripada bahan pencemar, memenuhi piawaian dan pensijilan hijau. Program Outreach di Melaka bersama Tuan Badaruddin bin Mohd Kassim, Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Melaka dan Perbadanan Melaka (MCORP). PKS dengan elemen seperti inovasi, pengkomersialan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk dan perkhidmatan diberi keutamaan untuk menyertai program X-SEED. Sebanyak 287 PKS Alumni Go-Ex dan 50 syarikat GlobPreneur telah mendapat manfaat daripada program-program X-SEED. MATRADE juga telah menjalankan Program Outreach dengan kerajaan negeri dan agensi keusahawanan di dua negeri iaitu Sarawak pada 19 Januari 2022 dan Melaka pada 31 Oktober 2022. Sebanyak 50 PKS yang telah menyertai Program GlobPreneur juga telah berjaya menjana hasil jualan eksport sebanyak RM63.12 juta pada tahun 2022. Bagi memastikan Alumni Go-Ex dan GlobPreneur mendapat bimbingan yang berterusan dari MATRADE, Unit XSEED akan memantau perkembangan dan kemajuan syarikat-syarikat ini menerusi Program Pemantauan dan Pengesanan Impak yang telah dirancang. Program ini akan membolehkan bimbingan secara berterusan ke atas syarikat-syarikat alumni dan merekodkan pencapaian mereka selepas program berakhir. Dalam mengorak langkah ke hadapan, syarikat PKS Malaysia perlu memastikan agar mereka masih kekal relevan dan mampu menghasilkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan permintaan pasaran global. Untuk itu, program di bawah Unit X-SEED akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ia akan mengenal pasti syarikat serta mendapatkan penglibatan syarikat start-up PMKS yang berpotensi untuk eksport dan mengembangkan skop program bagi menambah baik bantuan kepada syarikat dalam meluaskan pasaran antarabangsa. Program Outreach di Sarawak bersama YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (MINTRED) dan program pemantauan syarikat.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0