78 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN SPPs CEO Summit 2022 SPPs Virtual Market Immersion Mission on Plastics Industries to Jakarta, Indonesia PROGRAM PEMBANGUNAN SYARIKAT PERINGKAT PERTENGAHAN (PPSPP) Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (PPSPP) dilaksanakan oleh MATRADE bertujuan untuk menyokong pertumbuhan eksport Syarikat Peringkat Pertengahan (SPP) yang lebih berdaya tahan dan berdaya saing sebagai juara di peringkat serantau serta global. SPP di Malaysia ditakrifkan sebagai syarikat yang mempunyai perolehan tahunan sebanyak RM50 juta hingga RM500 juta bagi sektor pembuatan manakala bagi sektor perkhidmatan, sebanyak RM20 juta hingga RM500 juta. Menurut kajian Prestasi SPP Malaysia oleh McKinsey & Company pada tahun 2018, SPP hanyalah merangkumi dua peratus daripada jumlah perniagaan yang berdaftar di Malaysia. Namun demikian, SPP menyumbang kira-kira 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan memiliki 16 peratus daripada jumlah tenaga kerja di negara ini. Sejak pelaksanaan PPSPP pada tahun 2014, pertumbuhan eksport SPP meningkat dengan ketara iaitu 17 kali ganda dengan nilai eksport berkembang daripada RM1.1 bilion kepada RM17.8 bilion pada tahun 2021. SPP juga telah mewujudkan lebih 4,000 peluang pekerjaan baharu pada tahun 2021 termasuk pekerjaan mahir seperti jurutera dan jawatan teknikal. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia turut menerima manfaat daripada pertumbuhan SPP di mana mereka terlibat dalam rantaian bekalan domestik bagi menghasilkan produk berkualiti untuk eksport. Sebanyak 75 peratus atau lebih 7,000 PKS di Malaysia terlibat di dalam rantaian bekalan eksport SPP. Pada tahun 2022, PPSPP telah dilaksanakan melalui dua komponen utama: • Pembangunan SPP baharu (Gelombang 8) • Program Ramp-Up untuk Alumni SPPDP Sejumlah 24 SPP daripada pelbagai sektor seperti elektrikal & elektronik, ICT, mesin, makanan & minuman, gaya hidup dan sains hayat telah dipilih bagi Gelombang 8 PPSPP pada tahun 2022. SPP yang memohon menyertai program tersebut menjalani proses penilaian yang ketat yang melibatkan penyediaan profil dan aspek penilaian syarikat, melalui sesi libat urus bersama pengurusan setiap SPP bagi memahami keupayaan dan aspirasi eksport mereka.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0