79 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Sehingga kini, MATRADE terus membantu 299 SPP di bawah Program Ramp-Up Syarikat Peringkat Pertengahan. SPP telah dibantu melalui program intervensi bersasar, inisiatif pembangunan pasaran yang diatur secara khusus dan penyertaan berterusan dalam aktiviti promosi eksport MATRADE yang diadakan secara maya atau di dalam format hibrid. Program Utama dalam SPPDP: • Misi Serapan Pasaran SPP bagi Industri Plastik ke Jakarta, Indonesia (secara maya) • Sesi pitching SPP kepada pengimport Türkiye • Sesi pitching bersama pejabat MATRADE Frankfurt bagi bidaan Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 • Program Jelajah Export Excellence Award (EEA) Bersama The Star Media Group di Johor Bahru • Sesi pitching bersama syarikat DKSH Hong Kong Ltd • Perjumpaan bersama syarikat alumni PPSPP • Inisiatif Penjenamaan SPP, Istanbul, Türkiye • Persidangan Kemuncak Tahunan Ketua Pegawai Eksekutif SPP 2022 Mid-Tier Branding Initiatives, Istanbul, Turkey Di dalam era pasca pandemik, PPSPP akan dijajarkan bagi terus memacu semula daya saing global SPP Malaysia dalam merancakkan semula ekonomi domestik, memenuhi keperluan pasaran eksport khusus yang semakin meningkat dan seterusnya mempelbagaikan pasaran. Sepanjang pandemik COVID-19, SPP telah menunjukkan daya tahan mereka dan berjaya mempelbagaikan keluaran produk mereka serta menambah pasaran eksport. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran seperti gangguan rantaian bekalan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), SPP berjaya menempuhnya dengan baik melalui anjakan kepada industri lain yang berpotensi. Pitching session with DKSH Hong Kong Ltd Program Jelajah Export Excellence Award (EEA) Bersama The Star Media Group Di Johor Bahru PKS terlibat 7,000 peluang pekerjaan 4,000
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0