Laporan Tahunan MATRADE 2022

80 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN MELUASKAN KOMUNITI PENGEKSPORT MATRADE menawarkan khidmat nasihat perdagangan dan perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran luar negara. MATRADE juga menjalankan program jangkauan pengeksport seperti penyertaan Kaunter Informasi di persidangan dan pameran antarabangsa serta menganjurkan atau terlibat dalam seminar atau webinar untuk berkongsi maklumat perdagangan. Selain itu, MATRADE turut memberi maklum balas kepada pertanyaan perdagangan yang diterima daripada komuniti perniagaan termasuk pengimport. Sebagai agensi promosi perdagangan, MATRADE bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat dan menyalurkan maklumat terkini berkaitan eksport. Pada tahun 2022, MATRADE telah menjalankan 66 program jangkauan pengeksport dalam usaha untuk memacu pertumbuhan eksport syarikat Malaysia. Program tersebut merangkumi kerjasama dengan pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan swasta, persatuan serta dewan perniagaan seperti Penang Development Corporation (PDC), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNM), Invest Selangor, Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Malaysian Timber Industry Board (MTIB), Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC), USAHANITA, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Malaysian Plastics Manufacturers Association (MPMA) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Sebahagian program kolaborasi ini diadakan secara maya melalui platform webinar. Melalui kerjasama ini, MATRADE telah menganjurkan enam program Konsultasi Perniagaan bersama Usahanita Hulu Langat, Malaysia-China International Trade Link Association (MACITA), Worldwide Industrial Association (WIA), KHIDMAT NASIHAT Matlamat 6 Business Network International Malaysia (BNI) dan Persatuan Biz Union, bagi membantu ahli-ahli mereka mendapat maklumat berkenaan perkhidmatan dan bantuan MATRADE. Di samping itu, MATRADE telah dijemput untuk membuka reruai/ kaunter informasi di 39 persidangan dan pameran perdagangan antarabangsa di Malaysia dan memberi taklimat secara fizikal atau maya di 19 program seminar antaranya the Star Outstanding Business Awards 2022 (SOBA), International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2022, MyAERO Summit 2022, Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 2022, Selangor International Halal Convention (SELHAC), APHM International Healthcare Conference & Exhibition 2022, Malaysian International Furniture Fair (MIFF) 2022, Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) 2022, Selangor International Expo (SIE) F&B 2022, SME CEO Forum 2022, Borak Bisnes Ekspo Usahawan Selangor di SELBIZ 2022, Bengkel Coaching Pembangunan Rekabentuk Penjenamaan & Pembungkusan Produk Koperasi: Program 100 Champion dan MIDA-MPMA Conference of Government Assistance. Dalam usaha pembangunan pengeksport MATRADE di peringkat negeri, MATRADE telah mengambil inisiatif menganjurkan Export Day di Pulau Pinang. Beberapa sesi taklimat dan dialog berkenaan pembangunan pengeksport dan pasaran eksport melibatkan pemain industri telah diadakan dan dihadiri hampir 300 usahawan dari Pulau Pinang. MATRADE turut menyokong penganjuran program MITI Day 2022, sebuah “Hari Terbuka anjuran MITI untuk mempromosikan

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0