Laporan Tahunan MATRADE 2022

83 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 MENYEDIAKAN SOKONGAN KHUSUS Matlamat 7 MATRADE menyediakan sokongan khusus kepada syarikat Malaysia dalam bentuk pemberian geran dan insentif untuk mempersiapkan syarikat menembusi pasaran eksport. Geran atau dana yang diberikan akan membolehkan syarikat mengukuhkan daya saing dan meningkatkan aktiviti promosi eksport. Pejabat MATRADE di luar negara pula berperanan membantu pengeksport Malaysia dengan memberi konsultasi berkaitan perdagangan dan industri serta memadankan mereka dengan pengimport produk dan perkhidmatan. Geran Pembangunan Pasaran (MDG) telah diwujudkan sejak 2002 untuk membantu syarikat Malaysia menembusi pasaran antarabangsa menerusi penyertaan syarikat di dalam aktiviti promosi eksport. Syarikat layak menerima sehingga RM300,000 menerusi pemberian insentif secara bayaran balik bagi menampung sebahagian kos penyertaan syarikat di dalam aktiviti promosi eksport. Kumpulan sasar bagi MDG adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Persatuan Perdagangan dan Industri, Dewan Perniagaan, Penyedia Perkhidmatan Profesional, Koperasi serta Badan Profesional. Aktiviti yang layak dituntut menerusi insentif sedia ada adalah: 1. Penyertaan di dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa (TF) di Malaysia & Luar Negara; 2. Penyertaan di dalam Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM)/ Misi Akselerasi Eksport (EAM) anjuran MATRADE/ bukan anjuran MATRADE; 3. Penyertaan di dalam Persidangan Antarabangsa Luar Negara; dan 4. Yuran Penyenaraian bagi Produk Buatan Malaysia di Luar Negara. Seiring dengan perkembangan semasa, MATRADE turut memperluaskan skop MDG untuk penyertaan syarikat secara maya bagi penyertaan dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa (TF), Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) serta Misi Akselerasi Eksport (EAM). GERAN PEMBANGUNAN PASARAN (MDG)

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0