84 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Sepanjang tahun 2022, sebanyak 20 program telah dilaksanakan merangkumi taklimat, seminar, kaunter informasi, bengkel, perbincangan bersama komuniti perniagaan dan pihak kerajaan serta liputan melalui saluran media sosial melibatkan 1,476 peserta bagi meningkatkan tahap kesedaran syarikat Malaysia terhadap kewujudan MDG. Program yang telah dilaksanakan Pada tahun 2022, jualan eksport yang telah dicatatkan oleh syarikat penerima MDG adalah sebanyak RM2.5 bilion. Syarikatsyarikat ini juga telah mengukuhkan pasaran eksport ke negaranegara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat, Perancis, China, Jerman, Jepun, Singapura, Thailand, Australia dan Kemboja. Pencapaian pada 2022 Peratus pecahan penerima mengikut negeri Syarikat yang beroperasi di Selangor merupakan penerima tertinggi (43%) diikuti Kuala Lumpur (14%), Johor (10%), Pulau Pinang dan Perak (8%), Pahang (5%), Kedah (4%), Melaka dan Negeri Sembilan sebanyak 2%. Bagi Sabah, Sarawak, Terengganu, Putrajaya dan Perlis serta Kelantan masing-masing sebanyak 1%. Peratus pecahan penerima mengikut sektor Berdasarkan prestasi, sektor Gaya Hidup & Sains Hayat mencatat peratusan tertinggi (36%) diikuti Halal, Makanan & Minuman dan Agro (29%), E&E, ICT dan Jentera & Peralatan (12%), Pembinaan & Perkhidmatan Perniagaan (12%), Pengangkutan Logistik (12%) dan Minyak, Gas, Kimia dan Tenaga (9%). Program strategik memperkasa rakyat dan ekonomi (pemerkasa) Pada 2021, kerajaan telah melaksanakan program PEMERKASA bernilai RM20.0 bilion dengan lima fokus utama iaitu: 1. Mengawal penularan COVID-19; 2. Memacu pemulihan ekonomi; 3. Memperkukuh daya saing negara; 4. Melaksanakan agenda keterangkuman wilayah & masyarakat; dan 5. Mentransformasi ekonomi. Selain itu, Program ini turut melibatkan 20 inisiatif strategik di mana MATRADE telah ditugaskan untuk melaksanakan inisiatif ke-13 iaitu menggalakkan pelaburan dan pasaran eksport. Inisiatif ini memberikan tumpuan kepada pengembangan pasaran global baharu melalui pemasaran dan pembangunan PKS dan perniagaan. Bagi tahun 2022, inisiatif ini telah diteruskan dengan melibatkan sebanyak 747 syarikat menerusi peruntukan sejumlah RM8 juta. MDG di bawah MATRADE akan terus membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerokai pasaran eksport dan terus berdaya saing serta meningkatkan jualan syarikat di pasaran global melalui insentif sedia ada. Syarikat dijangka meneroka pasaran baharu serta mengukuhkan keberadaan syarikat dipasaran sedia ada/semasa. Unjuran 2023 PKS Malaysia yang menerima MDG telah berjaya mencatat jualan eksport sebanyak RM2.5 bilion. Pulangan ke atas pelaburan adalah 1:222 iaitu sebanyak RM222 daripada setiap RM1 yang dibelanjakan. Sepanjang tahun 2022, sebanyak 5,710 permohonan telah diproses melibatkan 2,614 syarikat dengan dana sebanyak RM19.3 juta. Kisah kejayaan penerima MDG MATRADE, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) telah menyelaras penyertaan Malaysia sempena pameran antarabangsa bertaraf dunia iaitu Ekspo 2020 Dubai yang melibatkan 400 syarikat. Pameran ini bertujuan untuk mempromosikan Malaysia sebagai negara berkelestarian, teknologi hijau dan mementingkan penjagaan alam sekitar serta memperkenalkan negara sebagai sebuah entiti pengeksport utama dunia. Sebanyak 183 syarikat telah berjaya membuat tuntutan MDG melibatkan dana sebanyak RM1.42 juta. Penyertaan syarikat Malaysia di Ekspo 2020 Dubai 36% 29% 12% 12% 9% 9% Gaya Hidup & Sains Hayat Halal, Makanan & Minuman Dan Agro E&E ICT Dan Jentera & Peralatan Pembinaan & Perkhidmatan Perniagaan Minyak, Gas, Kimia dan Tenaga Pengangkutan Logistik Selangor 43% 29% 10% 8% 8% 5% 4% 2% 1% 1% 1%1% 1% 1% Kuala Lumpur Johor Pulau Pinang Perak Pahang Kedah Negeri Sembilan Melaka Sabah Sarawak Terengganu Perlis Kelantan
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0