85 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 P.A. Food Industries Sdn. Bhd. Syarikat-syarikat penerima geran MATRADE, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) telah menyelaras penyertaan Malaysia sempena pameran antarabangsa bertaraf dunia iaitu Ekspo 2020 Dubai yang melibatkan 400 syarikat. Pameran ini bertujuan untuk mempromosikan Malaysia sebagai negara berkelestarian, teknologi hijau dan mementingkan penjagaan alam sekitar serta memperkenalkan negara sebagai sebuah entiti pengeksport utama dunia. Sebanyak 183 syarikat telah berjaya membuat tuntutan MDG melibatkan dana sebanyak RM1.42 juta. Teck Seng Industrial Sdn. Bhd. Teck Seng Industrial Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 28 November 1995 merupakan pengeluar perabot kayu dan rotan. Ia telah berjaya menjana jualan eksport sebanyak RM1.15 juta pada tahun 2022 di mana sebahagian besarnya adalah melalui penerokaan di pasaran antarabangsa seperti ASEAN, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Palestin, India, Oman, Surinam dan Haiti. Syarikat ini menyertai pelbagai program promosi eksport yang dianjurkan oleh MATRADE secara konsisten dan telah menerima manfaat MDG sebanyak RM194,703.00 sehingga kini. DANA EKSPORT PERKHIDMATAN (SEF) Dana Eksport Perkhidmatan (SEF) merupakan bantuan kewangan dalam bentuk geran pembayaran semula perbelanjaan kepada Syarikat Penyedia Perkhidmatan Malaysia (MSPs), Persatuan Perdagangan & Industri, Dewan Perniagaan, Badan-badan Profesional, Government-Linked Investment Companies (GLICs), Government-Linked Companies (GLCs) dan Koperasi yang berkelayakan bagi tempoh 2021-2025 bagi membantu meringankan beban untuk mengembangkan eksport dan menjalankan aktiviti-aktiviti penerokaan ke pasaran luar negara. Kelayakan siling bagi setiap syarikat yang memohon geran dan pinjaman mudah adalah berjumlah RM4.3 juta. Kemudahan SEF bertujuan untuk meningkatkan daya saing, kebolehcapaian dan memperluas peluang eksport bagi MSPs ke pasaran global serta menjenamakan dan meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai Penyedia Perkhidmatan yang kompeten. Sepanjang tahun 2022, sebanyak 382 sesi outreach terdiri daripada aktiviti seperti penyertaan dalam seminar/webinar/ briefing/ talk dan konsultansi kepada syarikat telah dilaksanakan untuk mempromosikan SEF. Peningkatan yang ketara sebanyak 383% berbanding tahun 2021 dengan perkembangan aktiviti ekonomi yang semakin pulih membolehkan program outreach secara fizikal dapat dijalankan lebih giat berbanding tahun sebelumnya di samping alternatif secara maya. Sejumlah 276 syarikat telah dibantu dengan 52 daripadanya adalah penerima dana melalui 85 permohonan yang telah diluluskan di bawah SEF berjumlah RM1.465 juta. Sementara itu, hasil eksport potensi yang dijana dari dana SEF yang telah diluluskan adalah sebanyak RM197 juta. Bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, ia memberi pulangan eksport perkhidmatan (ROI) kepada negara sebanyak RM134. Di antara pasaran baharu yang ditembusi oleh MSPs pada tahun 2022 adalah seperti Tajikistan, Sudan, Cuba, Timor Leste dan Papua New Guinea. Antara sektor yang diterokai dan dipromosikan oleh MSPs adalah seperti berikut: • Informasi dan Telekomunikasi; • Kejuruteraan; • Perkhidmatan Perniagaan • Logistik; dan • Kandungan Kreatif dan Hiburan. Untuk perancangan masa hadapan, MATRADE akan terus menggalakkan MSPs meneroka pasaran antarabangsa dengan memanfaatkan sepenuhnya geran atau insentif yang diberikan oleh kerajaan. Program Lawatan Pemantauan Impak (Impact Tracking) Dana Eksport Perkhidmatan Ke Wilayah Utara pada 25-27 Julai 2022 Program Webinar Kolaborasi SEF Bersama PETRONAS: ‘SEF for PETRONAS’s vendors’
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0