86 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN MEMPERKASA JENAMA MALAYSIA Matlamat 8 MATRADE melaksanakan usaha memperkasa jenama Malaysia supaya pengeksport boleh mendapat manfaat daripada aktiviti promosi produk dan perkhidmatan ke pasaran global. Promosi memperkukuhkan jenama Malaysia ke pasaran antarabangsa dapat dilaksanakan menerusi kemudahan dan ruang pameran seperti Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC). PUSAT PAMERAN EKSPORT MALAYSIA Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC) memainkan peranan penting dalam mengukuhkan penjenamaan Malaysia di pasaran antarabangsa dengan mempamerkan pelbagai jenama Malaysia. Terletak di Aras 2, Menara MATRADE dengan keluasan 4,500 meter persegi, pusat pameran eksport ini berfungsi sebagai pusat sehenti khusus untuk pengimport asing bagi mendapatkan produk-produk dan perkhidmatan dari Malaysia. Pusat pameran eksport ini merupakan salah satu medium promosi eksport dengan lokasi yang stategik mampu menampung lebih 400 syarikat PKS yang terdiri daripada pelbagai produk dan perkhidmatan. MATRADE menerusi platform di MEEC juga berkolaborasi dengan Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) dan Malaysian Gifts & Premium Association (MGPA) yang melibatkan penyertaan 30 syarikat MARDI & MGPA. Sehingga kini, MEEC telah berjaya mempamerkan produk dan perkhidmatan lebih 6,000 syarikat PKS dan pengeksport. Pada tahun 2022, delegasi perdagangan dan pengunjung di MEEC juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan Malaysia daripada lebih 350 syarikat yang merangkumi lebih 25 sektor berbeza. Antara produk yang dipamerkan ialah produk teknologi hijau, E&E, makanan & minuman, kimia, automotif, getah, plastik, farmaseutikal dan kayu kayan. Sektor perkhidmatan pula merangkumi perkhidmatan minyak & gas, pembinaan, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Selain berfungsi sebagai pusat pameran tetap, MEEC juga memainkan peranan penting sebagai pusat pertemuan • Mengedarkan maklumat syarikat Malaysia kepada pembeli asing yang berpotensi; • Memberi bimbingan kepada syarikat-syarikat Malaysia berkaitan perdagangan antarabangsa; dan • Bantuan daripada pegawai yang mahir dan berpengalaman untuk menjawab pertanyaan tentang perdagangan berkenaan sektor yang relevan dengan syarikat. Sepanjang tahun 2022, MEEC telah menjalankan banyak program untuk mempromosikan syarikat-syarikat di MEEC sama ada secara konvensional atau digital. MATRADE telah menyelaras pelbagai aktiviti promosi eksport dengan menganjurkan program-program menggunakan teknologi dan platform digital untuk memastikan kesinambungan perniagaan terutamanya dalam memanfaatkan peluang perniagaan global. Justeru itu, MEEC secara agresif telah menganjurkan pelbagai aktiviti dalam talian seperti Webinar,
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0