Laporan Tahunan MATRADE 2022

87 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Online Directory, Trade Information, Online B2B, Business Trade Meeting (eBizMatch) dan Electronic Business Link (eBizLink). Selain itu, melalui platform maya atau aktiviti eBizMatch, syarikat pempamer MEEC telah terlibat dalam lebih 300 eBizMatch dengan pembeli utama dari Amerika Selatan, Eropah dan China. Produk dan perkhidmatan utama dari negara tersebut terdiri daripada makanan & minuman; perubatan & farmaseutikal, teknologi hijau, produk dan perkhidmatan gaya hidup. Hasilnya, MATRADE secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan pertumbuhan eksport dan kesinambungan perniagaan dengan memanfaatkan teknologi serta platform digital dalam mendepani cabaran endemik COVID-19. Pempamer di MEEC telah menyertai pelbagai aktiviti yang dikoordinasikan oleh Ibu Pejabat MATRADE, lima pejabat cawangan MATRADE, 46 pejabat MATRADE luar negara, rakan strategik kerajaan dan swasta sama ada di dalam mahupun luar negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0