Laporan Tahunan MATRADE 2022

90 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Unit ini terus menjadi teras dalam menyediakan sistem sokongan dan urus tadbir yang diperlukan oleh keseluruhan rangkaian dan warga MATRADE. Peranan tersebut meliputi perancangan, penyelarasan dan kawal selia terhadap sumber serta aset bagi memastikan operasi organisasi berada pada tahap terbaik. Tahun 2022 menyaksikan negara masih berdepan dengan cabaran wabak COVID-19. Situasi ini telah merubah suasana persekitaran kerja dan membawa kepada pewujudan prosedur kawal selia yang lebih teliti serta menjurus kepada pemeliharaan keselamatan serta kesihatan warga MATRADE. Walaupun pandemik COVID-19 telah memberi impak besar kepada cara bekerja serta munculnya cabaran baharu dalam perlaksanaan tugas, unit ini berjaya melaksanakan tugas-tugas utama seperti berikut: 1. Operasi sanitasi Menara MATRADE Operasi sanitasi Menara MATRADE telah dilaksanakan sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19. Operasi besar-besaran pertama telah dilakukan pada 24 sehingga 29 Mac 2020 melibatkan keseluruhan Menara MATRADE dan TASKA Nur Ifty. Operasi dilakukan dengan kerjasama Pasukan Respons Kecemasan Bangunan (BERT), kontraktor yang dilantik dan Unit Pengurusan Fasiliti (UPF). Unit Pentadbiran juga sentiasa melaksanakan perkhidmatan proses sanitasi melibatkan ruang pejabat pegawai dan kakitangan yang telah disahkan positif COVID-19 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan warga MATRADE terpelihara. 2. Pembekalan pelitup muka, hand sanitizer dan tisu basah kepada warga MATRADE Inisiatif ini bertujuan supaya warga MATRADE terus mengekalkan kebersihan sekali gus menjamin kesihatan diri dan persekitaran. 3. Inisiatif Penjimatan Pejabat Perdagangan Luar MATRADE Susulan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 14 Julai 2022, inisiatif penjimatan jangka pendek dan jangka panjang telah dilancarkan termasuk di pejabat perdagangan MATRADE di luar negara. Antaranya adalah cadangan pengecilan ruang pejabat yang dapat menjimatkan lebih RM3 juta setahun daripada kadar sewaan ruang pejabat. Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) telah dimulakan di MATRADE pada tahun 2007 melibatkan 16 orang pegawai dan kakitangan MATRADE sebagai perintis. Program ini merupakan sebahagian daripada aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia seperti digariskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber manusia dalam usaha mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan harmoni. Pelaksanaan AKRAB adalah berkonsepkan “rakan membantu rakan” dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban, keharmonian dan saling menghormati potensi masing-masing melalui sesi bimbangan dan program kesedaran. PENTADBIRAN 4. Mesyuarat bersama Jabatan (MBJ) MBJ merupakan platform bagi pihak pekerja menyuarakan isu berhubung perkhidmatan serta menyalurkan pendapat melalui wakil yang dilantik kepada pihak pengurusan. MBJ juga menjadi platfom wakil pekerja untuk mendapatkan nasihat dan memberi sumbangan bagi mencapai organisasi yang cemerlang. Mesyuarat MBJ telah diadakan sebanyak tiga sesi dengan antara cadangan penambahbaikan yang dipersetujui adalah sepertI berikut: i. pemberitahuan masuk waktu solat diumumkan melalui pembesar suara bangunan dan laungan azan dilaksanakan di Surau Al-Munawarah; dan ii. pelaksanaan kaedah pay and claim bagi kemudahan tambang mengunjungi Wilayah Asal dan tambang ihsan bagi pegawai yang bertukar Wilayah. Anugerah Pekerja MATRADE (APM) yang dikendalikan sepenuhnya oleh MBJ turut diberikan kepada kakitangan yang terpilih. Anugerah ini diperkenalkan sejak tahun 2019, di mana pencalonan melibatkan kakitangan gred 11 hingga 52. Proses pemilihan diadakan secara undian sebanyak empat kali setahun bagi setiap suku tahun. Bagi tahun 2022, seramai 18 kakitangan dari pelbagai gred telah menerima APM. PENTADBIRAN KORPORAT AKRAB

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0