91 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Pada tahun 2022, seramai lapan orang pegawai dan kakitangan MATRADE telah ditauliahkan sebagai ahli baharu AKRAB oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), manakala tiga ahli telah bersara, menjadikan ahli yang aktif seramai 22 orang. Selain daripada sesi bimbingan rakan sekerja, AKRAB MATRADE juga telah melaksanakan program ceramahceramah motivasi. Program kemuncak pada tahun 2022 adalah Dalam memastikan perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan berkesan, Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) bertanggungjawab terhadap perkara berkaitan pengisian jawatan, urusan perkhidmatan, prestasi dan kemajuan kerjaya pegawai. 1. Perancangan Pengisian Jawatan Pada tahun 2022, seramai 615 warga kerja MATRADE telah berkhidmat di dalam dan luar negara. Proses pengisian jawatan dilaksanakan bagi memastikan sumber tenaga kerja yang mencukupi agar tidak menjejaskan perancangan organisasi dan pelan pengurusan sumber manusia agensi ini.. 2. Persaraan Pegawai Berdasarkan rekod tahun 2022, seramai 13 pegawai telah meninggalkan organisasi secara bersara pilihan dan bersara paksa. MATRADE mengucapkan jutaan terima kasih kepada pesara tersebut atas sumbangan serta khidmat bakti mereka sepanjang bertugas dalam organisasi ini. 3. Pertukaran Pegawai di Pejabat Luar Negeri Pada tahun 2022, seramai 13 orang pegawai telah dihantar sebagai Pesuruhjaya Perdagangan manakala sembilan orang Pesuruhjaya Perdagangan diarahkan “cross posting” ke penempatan lain. Selain itu, seramai 11 pegawai dari ibu pejabat dihantar sebagai Penolong Pesuruhjaya Perdagangan manakala seorang pegawai “cross posting”. Seramai 11 Pesuruhjaya Perdagangan dan tiga Penolong Pesuruhjaya Perdagangan dipanggil pulang setelah tamat tempoh berkhidmat di luar negara. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Hari Kesihatan MATRADE 2022 yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Pusat Kesihatan Kepong dan Dahlia Medical Group. Pengisian program termasuklah kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan umum, saringan kanser, saringan kesihatan mental, fisioterapi dan ceramah kesihatan yang keseluruhannya disertai oleh seramai 236 warga MATRADE di ibu pejabat. Sejajar dengan visi dan misi MATRADE, pembangunan sumber manusia dilaksanakan melalui inisiatif pembangunan bakat berpandukan kepada analisis keperluan latihan dan pengurusan penilaian prestasi yang menggabungkan teras-teras nilai MATRADE iaitu Global, Respect, Agile, Creative dan Ethical (GRACE). Pada tahun 2022, pembangunan sumber manusia telah memperuntukkan sejumlah RM478,560 untuk mewujudkan tenaga kerja yang cekap dan berprestasi tinggi supaya KOMPETENSI DAN PEMBANGUNAN BAKAT penyampaian perkhidmatan lebih efektif dan efisien kepada semua pemegang taruh. Sejumlah 51 program pembangunan bakat dianjurkan sepanjang tahun ini sama ada secara maya atau bersemuka merangkumi program penambahbaikan kemahiran teknikal berkaitan kerja serta kemahiran am bagi meningkatkan kebolehupayaan warga kerja. Beberapa program kerohanian turut dianjurkan bagi memperkukuhkan sahsiah dan jati diri warga kerja. Sistem penilaian GRACE merupakan sebahagian daripada penilaian prestasi warga MATRADE. Bagi menyokong inisiatif pendigitalan MATRADE melalui Digital MATRADE Package 3 (DM3), penilaian GRACE bagi tahun 2022 telah dilaksanakan sepenuhnya secara digital menggunakan “Talent Management System (TMS)” di portal “Knowledge Management”. Sistem ini dapat membantu pengurusan penilaian prestasi menjadi lebih efektif dan efisien.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0