92 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Bagi kesinambungan pembangunan modal insan, MATRADE juga meneruskan pemberian Biasiswa Pengajian MATRADE (BPM) bagi tahun 2022. Had umur kelayakan diperluas kepada pegawai berumur melebihi 45 tahun bagi peringkat Sarjana dan melebihi umur 50 tahun untuk pengajian Doktor Falsafah (PhD). Langkah ini selaras dengan inisiatif membangunkan kompetensi pegawai agar lebih berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta memiliki perilaku yang baik berlandaskan strategi Pembangunan Sumber Manusia yang efektif dan efisien. Sehingga akhir tahun 2022, seramai tiga pegawai telah diluluskan kemudahan BPM yang mana mereka sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana. Program biasiswa ini melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 yang dijana daripada akaun hasil. Pihak pengurusan telah memutuskan untuk meneruskan Change Management Programme 2022 kepada Kumpulan Pelaksana Gred 11-40. Program ini merupakan kesinambungan daripada Senior Management Retreat pada 19 Mac 2021 dan lapan sesi Change Management Break-Out bagi pegawai MATRADE Gred 41-52. Ia termasuk sesi tambahan kepada bekas Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya yang kembali bertugas di ibu pejabat sebagai pengukuhan membina semangat kerja berkumpulan bagi mengadaptasikan budaya kerja Attitude, Values dan Culture (AVC) serta membina keserasian dan kefahaman setelah kian lama meninggalkan ibu pejabat. Objektif pelaksanaan Change Management Programme 2022 Kumpulan Pelaksana Gred 11- 40 memberikan fokus kepada: 1. Memupuk dan meningkatkan semangat kebersamaan (togetherness), kepercayaan (trust) dan sinergi dalam kalangan pegawai MATRADE; UNIT PERANCANGAN ORGANISASI DAN TRANFORMASI 2. Membangkitkan tenaga atau daya kekuatan dengan bekerjasama dalam hubungan kerja berpasukan yang strategik; 3. Memastikan komitmen pegawai MATRADE ke arah pembentukan organisasi berprestasi tinggi yang menitikberatkan Sikap (Attitude) yang positif, Nilai (Values yang baik dan Budaya Kerja (Culture) yang kondusif; 4. Menyemai dan mengukuhkan tingkah laku kepimpinan yang tinggi dan cemerlang untuk memacu prestasi anggota pasukan dan; 5. Memupuk sumbang saran (brainstorming) yang positif dan sikap kerjasama dalam kalangan pegawai MATRADE dengan menggalakkan minda positif serta kesediaan untuk berubah. Kursus Protokol dan Etiket Sosial telah dilaksanakan untuk warga kerja MATRADE dengan objektif utama pelaksanaan kursus ini adalah untuk: 1. Memberi pendedahan mengenai tatacara pengurusan Majlis Rasmi melibatkan pemimpin peringkat tertinggi Kerajaan Malaysia dan kerabat diraja. 2. Mempelajari tatacara protokol dan etiket sosial supaya pegawai berketerampilan mengikut kod etika yang betul. 3. Mempelajari tatacara protokol secara amali dan menjalani latihan dengan bimbingan penceramah bertauliah. Pegawai yang menyertai kursus ini telah berupaya memperoleh pengetahuan dan latihan amali mengenai tatacara pengurusan majlis rasmi, protokol dan etiket sosial secara efektif. Berdasarkan kepada Surat Kelulusan Perjawatan (SKP) yang berkuatkuasa, pada tahun 2022, MATRADE mempunyai sejumlah 681 perjawatan yang merangkumi pelbagai skim dan gred di ibu pejabat, pejabat wilayah dan pejabat luar negara. Sebagai agensi tunggal yang mempromosikan eksport negara ke pasaran antarabangsa, MATRADE sentiasa memastikan pejabat-pejabat di luar negara melaksanakan program promosi eksport secara menyeluruh terutamanya di pasaran yang berpotensi tinggi untuk diterokai oleh pengeksport Malaysia. Dalam usaha memperkukuhkan rangkaian di luar negara, MATRADE telah membentangkan cadangan pengukuhan pejabat-pejabat di luar negara dan pengukuhan perjawatan MATRADE kepada pihak Kementerian Luar Negeri. MATRADE percaya cadangan pengukuhan ini mampu memantapkan agensi dalam urusan pentadbiran dan pengurusan program promosi dan seterusnya meningkatkan prestasi perdagangan eksport negara. PERJAWATAN DI MATRADE PERANCANGAN PENSTRUKTURAN SEMULA ORGANISASI DAN PENGUKUHAN PERJAWATAN MATRADE Kategori Perjawatan Pengurusan Tertinggi 7 281 258 135 681 Pengurusan & Profesional Kumpulan Sokongan Kakitangan Ambilan Tempatan Jumlah
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0