Laporan Tahunan MATRADE 2022

93 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 MATRADE telah berjaya memperoleh persijilan semula MS ISO 9001:2015 daripada pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. hasil daripada sesi pengauditan yang berlangsung pada 25 dan 26 Julai 2022. Sijil MS ISO 9001:2015 yang terbaharu berkuat kuasa mulai 17 Ogos 2022 sehingga 6 Oktober 2025. Ini merupakan penganugerahan Sijil MS ISO 9001:2015 yang kedua selepas tahun 2019. Kesemua proses kerja melibatkan program utama dan aktiviti sokongan telah dinilai dengan teliti dan keputusan pengauditan luar mengesahkan bahawa MATRADE telah melaksanakan program mengikut prosedur yang telah ditetapkan selaras dengan keperluan yang termaktub di dalam Standard Antarabangsa ISO tanpa sebarang penemuan Opportunities for Improvement (OFI) dan Non-Conformity Report (NCR). Penganugerahan sijil MS ISO 9001:2015 ini juga membuktikan MATRADE komited untuk memberikan perkhidmatan pada tahap tertinggi dalam pembangunan pengeskport dan promosi eksport selaras dengan perundangan dan amalan antarabangsa demi membantu pelanggan menembusi dan meluaskan pasaran eksport. MATRADE akan terus berusaha melaksanakan penghayatan dan penambahbaikan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti serta menilai semula Objektif Kualiti ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan dan pemegang taruh bagi memastikan MATRADE terus Gemilang dan Terbilang di samping warga kerjanya yang Cemerlang. Unit Perancangan Organisasi dan Transformasi (UPOT) selaku urus setia telah menganjurkan empat sesi Perhimpunan MATRADE secara hibrid melibatkan pegawai dan kakitangan di Ibu Pejabat, Pejabat Wilayah dan Pejabat luar Negara. Sesi Perhimpunan ini merupakan platform untuk YBhg. Datuk Ketua Pegawai Eksekutif menyampaikan maklumat terkini, perkembangan semasa, hala tuju, pencapaian organisasi dan amanat kepada seluruh warga MATRADE. PERSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015 SESI PERHIMPUNAN MATRADE Sesi ini turut menyediakan slot penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Pekerja MATRADE (APM), Anugerah Khidmat Setia, anugerah sukan serta sijilsijil penyertaan. MATRADE akan terus mengadakan Sesi Perhimpunan ini sebagai usaha menerapkan aspek sikap (Attitude) baik, Nilai (Values) murni dan budaya (Culture) kerja kelas pertama di kalangan warganya bagi memastikan MATRADE terus Gemilang dan Terbilang dan Cemerlang.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0