Laporan Tahunan MATRADE 2022

95 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 3. Perolehan yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 RM9,439,099.56 Sebanyak 178 perolehan pejabat luar negara telah dilaksanakan berjumlah PEROLEHAN YANG DILAKSANAKAN PENJANAAN HASIL MATRADE telah menggerakkan pelbagai inisiatif penjanaan hasil di bawah Projek Strategi Penjanaan Hasil MATRADE 2022 - 2025 bagi mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Inisiatif penjanaan hasil ini adalah bagi meningkatkan kedudukan kewangan MATRADE dalam membantu melancarkan operasi tahunan agensi. Berikut adalah inisiatif-inisiatif yang giat dilaksanakan oleh Unit Penjanaan Hasil bersama-sama Unit/ Seksyen/ Bahagian yang berkaitan: • pembinaan ruang makan yang lebih banyak seperti Garden Cafe MATRADE, Medan Selera (Food Court) di bus shed serta menaiktaraf Trader’s Cafe; • mengkomersilkan Kawasan Aras Lantai (Ground Floor); • menaiktaraf Driveway dan Main Entrance sekaligus menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan rasmi bagi tetamu yang melawat MATRADE; • meningkatkan penyewaan ruang premis pejabat; • menubuhkan anak syarikat MATRADE; serta • merancakkan inisiatif penjanaan hasil sedia ada seperti pengutipan yuran latihan pengeksport, yuran penyertaan syarikat dalam program promosi, yuran pameran di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC), perkongsian pendapatan (profit sharing) daripada program promosi perdagangan dan lain-lain hasil diterima berdasarkan kepada inisiatif yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penjanaan Hasil (JPH). Pada tahun 2022, sebanyak 16 kertas kerja bagi pelbagai permohonan telah dibentangkan dan diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Penjanaan Hasil. Kelulusan ini meningkatkan penjanaan hasil di samping memberi kemudahan yang lebih baik kepada syarikat Malaysia disamping memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga MATRADE terpelihara. 60Belian Terus RM 581,158.44 47Sebut Harga RM 5,944,055.33 5Tender RM 22,439,715.33 77Rundingan Terus RM 2,616,238.05

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0