96 KE ARAH MASA DEPAN EKSPORT MAMPAN Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) memainkan peranan penting dalam operasi, pengurusan dan penyelenggaraan Menara MATRADE. Tanggungjawab unit ini merangkumi pelbagai tugas termasuk menaik taraf infrastruktur mekanikal, elektrikal dan awam selain memastikan fungsi kritikal Menara MATRADE tidak terjejas dan terganggu. UPF juga bertanggungjawab melakukan penambahbaikan berterusan dan keperluan untuk mengekalkan prestasi optimum Menara MATRADE. Unit ini telah melaksanakan program penyelenggaraan dan menaik taraf untuk memastikan infrastruktur bangunan diselenggara dan dikemas kini secara berkala. Pada tahun 2022, UPF telah melaksanakan beberapa kerja/ projek melibatkan penambahbaikan Menara MATRADE antaranya: 1. Menaik taraf Sistem Isi Tekan Lobi Lif dan Sistem Pengurusan Asap di Besmen 1&2; 2. Menaik taraf dan pengubahsuaian Aras Eksekutif (Aras 22/23); 3. Penggantian Kabel Elektrik dari Papan Suis Utama di Aras Bawah ke Riser Elektrik Aras 14 East Wing; 4. Penggantian dan menaik taraf sistem CCTV Menara MATRADE; 5. Pemasangan Sistem Pemasangan Tetap Gas Jenis Wet Chemical dan Fire Suppression System di Bilik Elektrik; 6. Menaik taraf, pengubahsuaian dan reka bentuk dalaman di Pintu Utama East Wing Menara MATRADE dan; 7. Menaik taraf Gelanggang Sport Arena. UNIT PENGURUSAN FASILITI 3. Penggantian kabel elektrik dari MSB ke aras 14 East Wing 4. Penggantian dan menaik taraf sistem CCTV Menara Matrade 5. Pemasangan sistem Wet Chemical System dan Suppression System Gambar–gambar bagi kerja-kerja/ projek berkaitan projek fizikal yang telah selesai pada tahun 2022 1. Sistem isi tekan lobi lif dan pengurusan asap basement 2. Pengubahsuaian aras eksekutif (aras 22/23) 6. Menaik taraf pintu utama east wing Menara Matrade 7. Menaik taraf gelanggang Sport Arena KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAN
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0