97 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 MATRADE telah menubuhkan Unit Integriti bagi memastikan warga kerjanya mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat nasionalisme. Inisiatif ini akan dapat meminimakan kebarangkalian berlakunya salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi. Unit Integriti bertanggungjawab melaksanakan enam (6) fungsi teras iaitu Tadbir Urus, Pengukuhan Integriti, Pengesanan Dan Pengesahan, Pengurusan Aduan, pemantauan dan Pengurusan Tatatertib. Program pengukuhan integriti yang dilaksanakan pada tahun 2022 adalah: INTEGRITI AUDIT DALAMAN DAN PENGURUSAN RISIKO INTEGRITI, AUDIT DALAMAN DAN PEMATUHAN UNDANGUNDANG Taklimat: “Kesedaran Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja”. Taklimat: “Pengurusan Rahsia Rasmi Dalam Persekitaran ICT”. Sesi: “Sembang Santai Integriti Bersama Setiausaha Pejabat MATRADE”. Ceramah: “Perkongsian Kisah Benar: Kes Jenayah Rasuah Penjawat Awam”. Sesi: “Ikrar Aku Janji Kerahsiaan bagi Warga Kerja Pejabat KPE”. Pelancaran & Sambutan: “Hari Integriti MATRADE 2022”. 48 Hebahan: “Integrity Alert”. 12 Hebahan: “Video GRACE (Global, Respect, Agile, Creative & Ethical) Moment with the Senior Management”. 24 Hebahan: “Pekeliling2U”. Pelan Antirasuah MATRADE atau Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) MATRADE 2021 - 2025 telah dilancarkan pada 3 Ogos 2021. Inisiatif-inisiatif yang telah dirangka melalui pelan ini merangkumi lima (5) bidang keutamaan iaitu pentadbiran, tadbir urus, sumber manusia, perolehan dan kewangan serta undangundang. Pengurusan Risiko Rasuah atau Corruption Risk Management (CRM) merupakan satu alat pengurusan atau proses pengurusan yang boleh membantu mewujudkan sebuah sistem pengurusan yang bercirikan anti rasuah dan mendukung nilai integriti. Penubuhan Unit Audit Dalam di MATRADE adalah selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil.3 Tahun 1998. Unit Audit Dalam, merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan khidmat nasihat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi MATRADE. Objektif Unit Audit Dalam adalah untuk membantu MATRADE mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus. PIAGAM UNIT AUDIT DALAM Pegawai di Unit Audit Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di bawah piagam ini diberi kebebasan untuk memeriksa maklumat, rekod, dokumen, data dan sebangainya di MATRADE bagi tujuan pengauditan termasuk dokumen terperingkat. Bagaimanapun, pegawai di Unit Audit Dalam tidak boleh mendedahkan atau menyampaikan apa-apa kandungan dalam dokumen terperingkat kepada pihak lain kecuali dengan kebenaran MATRADE. Dalam struktur pentadbiran MATRADE, Unit Audit Dalam diletakkan secara terus di bawah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif dan secara fungsi pula melaporkan aktiviti pengauditan kepada Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko. KUASA KEBEBASAN Pelaksanaan CRM ini adalah untuk menutup ruang dan peluang rasuah dalam pelaksanaan aktiviti organisasi supaya objektif organisasi tercapai secara optimum.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0