99 Matlamat Teras MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2022 Perancangan strategik penting bagi mewujudkan hala tuju organisasi yang jelas dengan mentakrifkan misi, visi dan matlamat. Ia membantu organisasi menggunakan sumber sedia ada secara optimum bagi memaksimumkan impak dan meningkatkan prestasi eksport negara. Oleh itu, pelan strategik perniagaan yang komprehensif serta fleksibel dapat meningkatkan prestasi dan mengemudi MATRADE ke arah kecemerlangan. Pelan Strategik Perniagaan (BSP) dirangka supaya MATRADE berupaya mencapai aspirasi menjadi sebuah organisasi yang berkredibiliti, berorientasikan pelanggan dan merupakan Agensi Promosi Perdagangan (TPO) yang sentiasa menambah baik perkhidmatan dalam menangani cabaran luaran dan dalaman. BSP merupakan dokumen rujukan yang mengandungi pelan tindakan penambahbaikan sistem penyampaian MATRADE kepada pengeksport Malaysia supaya lebih berdaya saing di peringkat global. Inisiatif ini dimulakan seawal tahun 2011 dengan BSP 1.0 dan seterusnya dengan BSP 2.0 pada tahun 2018. Dengan mengambil kira perkembangan serta perubahan yang telah dan sedang berlaku, BSP 3.0 bagi tahun 2021 sehingga tahun 2025, dirangka sebagai kesinambungan kepada kedua-dua dokumen tersebut. Tiga (3) penekanan utama dalam BSP 3.0 adalah: 1. Orientasi perdagangan dengan memanfaatkan trend global 2. Mendigitalkan penyampaian perkhidmatan MATRADE 3. Pengaturan struktur MATRADE, bakat, proses dalaman dan komunikasi BSP 3.0 menggariskan empat (4) kluster strategik iaitu Pelanggan, Kewangan, Proses dan Sumber Manusia dengan parameter yang telah ditentukan. Kluster strategik ini mengutamakan kepuasan pelanggan dan pemegang taruh serta mengukuhkan proses dalaman yang memberi keutamaan kepada digitalisasi, disokong oleh penggunaan sumber yang minimum. Kluster strategik yang digariskan adalah seperti berikut: Pelanggan Mengukuhkan daya saing pengeksport dan memenuhi jangkaan pemegang taruh PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN Kewangan Pengurusan kewangan berakauntabiliti dan mapan Proses Proses dalaman yang cekap dan efektif Sumber Manusia Tenaga kerja yang komited, cekap dan berpengetahuan Skop BSP merangkumi kesemua Bahagian di dalam MATRADE dengan pelbagai proses kerja dan aktiviti yang dirancang serta dilaksanakan berlandaskan objektif untuk merealisasikan aspirasi dan visi MATRADE. BSP juga akan saling melengkapi dokumen strategi lain yang diguna pakai oleh MATRADE seperti Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp) dan Pelan Strategik Pendigitalan. PERANCANGAN STRATEGIK
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0