Program Sokongan Eksport MATRADE

8 PROGRAM PEMBANGUNAN PENGEKSPORT BELIA YOUTH EXPORTERS DEVELOPMENT PROGRAMME (YEDP) Program selama 3 tahun untuk mewujudkan keupayaan berdaya saing kepada pengeksport belia. Program ini meliputi latihan peningkatan kemahiran, kepimpinan, pembangunan keusahawaan, sesi jaringan dan mentor, panduan perniagaan, pendedahan kepada perniagaan antarabangsa dan kemasukan ke pasaran baharu. Faedah: • Bantuan pendedahan kepada pasaran eksport. • Penyertaan di dalam 3 promosi perdagangan antarabangsa setahun dengan perbelanjaan tiket kapal terbang, penginapan, yuran penyertaan / kos penyewaan ruang pameran dibiayai oleh MATRADE. • Penyertaan setahun di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC). • Menghadiri Program Latihan Eksport (seminar, bengkel dan latihan) yang dianjurkan oleh MATRADE. SYARAT i. PKS 1 seperti yang ditakrifkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK). ii. Didaftar bawah Akta Syarikat 2016 (Syarikat Sdn Bhd). iii. Sekurang-kurangnya 51% ekuiti dimiliki oleh Belia & Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Urusan yang berusia antara 20 hingga 40 tahun. iv. Telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun dan mempunyai pasaran tempatan serta fasiliti perkilangan atau premis perniagaan yang tetap. v. Berdaftar dengan MATRADE. vi. Eksport barangan atau perkhidmatan Malaysia. PERMOHONAN Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Unit Pembangunan Pengeksport, Tingkat 15 (West Wing), Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur Tel: +603-62077077 Fax: +603-62037194 1 rujuk kepada Annex 1

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0