Program Sokongan Eksport MATRADE
2 GERAN PEMBANGUNAN PASARAN (GPP) MARKET DEVELOPMENT GRANT (MDG) Kelayakan Aktiviti & Jumlah Geran: NO AKTIVITI JUMLAH MAKSIMUM (atau perbelanjaan yang sebenar, mana yang lebih rendah) 1. Pameran Antarabangsa 1.1 Di Malaysia RM 5,000 1.2 Di Luar Negara RM 15,000 2. Misi Perdagangan & Pelaburan atau Misi Akselerasi Eksport 2.1 Dianjurkan oleh MATRADE/ Anjuran bersama MATRADE RM 10,000 2.2 Bukan anjuran bersama MATRADE RM 2,000 3. Persidangan Antarabangsa Luar Negara RM 2,500 4. Yuran Penyenaraian untuk barangan buatan Malaysia Di Pasaraya/ Pasaraya Besar/ Pusat Runcit Butik Luar Negara RM20,000 setiap syarikat bagi setiap Pasaraya/ Pasaraya Besar/ Pusat Runcit Butik untuk setiap negara. Geran pembayaran balik untuk membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)1/ Persatuan Perdagangan/ Dewan Perniagaan & Badan-badan Profesional bagi penyertaan di dalam aktiviti promosi eksport yang layak. Geran maksima untuk satu organisasi ialah RM200,000.00 tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa. SYARAT i. PKS seperti yang ditakrifkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK), Pembekal Perkhidmatan Profesional Malaysia, Persatuan Perdagangan & Industri, Dewan Perniagaan dan Badan Profesional. ii. Didaftar bawah Akta Syarikat 1965/ Pendaftaran dalam Akta Syarikat 2016/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956/ didaftar dibawah badan berkanun Pembekal Perkhidmatan Profesional / Pendaftar Persatuan / Penguatkuasa Profesional yang berkaitan. iii. Bukan Syarikat yang berhubung kait dengan Kerajaan atau mempunyai ekuiti kerajaan. iv. Aktiviti promosi eksport yang menerima subsidi atau ditaja oleh pihak ketiga adalah tidak layak. v. Entiti perniagaan yang aktif (TIDAK terpakai untuk syarikat yang didaftarkan kurang daripada setahun – rujuk syarat ii) dan sekurang-kurangnya 60% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia. vi. Berdaftar dengan MATRADE. vii. Eksport barangan atau perkhidmatan Malaysia. PERMOHONAN Maklumat lanjut dan permohonan boleh didapati di www.matrade.gov.my/mdg 1 rujuk kepada Annex 1
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0