Program Sokongan Eksport MATRADE

3 DANA EKSPORT PERKHIDMATAN SERVICES EXPORT FUND (SEF) Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk geran pembayaran balik dan pinjaman mudah (soft loan) kepada syarikat pembekal perkhidmatan Malaysia (MSPs), Persatuan Perdagangan & Industri, Dewan Perniagaan dan Badan- badan Professional yang berkelayakan sehingga RM5 juta (tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa) untuk setiap syarikat bagi tempoh 2015-2020, bagi menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengembangkan pasaran antarabangsa. a) Geran Terdapat lima (5) aktiviti perbelanjaan yang layak untuk geran SEF yang diuruskan oleh MATRADE dan dapat dimanfaatkan oleh MSPs, di mana pembayaran balik sehingga 50% daripada perbelanjaan yang layak (sebenar) mana yang lebih rendah. AKTIVITI JUMLAH MAKSIMUM* 1. a) Mempromosikan kepakaran perkhidmatan Malaysia di acara antarabangsa di luar negara seperti penceramah di persidangan, forum dan mengambil bahagian dalam pertandingan yang berkaitan industri perkhidmatan. RM50,000 setiap syarikat b) Perbelanjaan perjalanan untuk bidaan tender. c) Memperoleh laporan perisikan / pasaran komersial untuk menilai peluang perniagaan atau projek-projek di luar negara. 2. a) Perbelanjaan perjalanan untuk persembahan. RM50,000 setiap syarikat b) Perbelanjaan perjalanan untuk menyampaikan perkhidmatan atau projek yang dijalankan di luar negara. c) Penyediaan prototaip, sistem penyesuaian / penyetempatan untuk memenuhi keperluan projek luar negara. 3. Kos awalan untuk mewujudkan pejabat di luar negara untuk 12 bulan. RM150,000 setiap syarikat 4. Kos logistik dalam penghantaran produk / peralatan dan barang dagangan Malaysia bagi projek Malaysia di luar negara (pelabuhan ke pelabuhan). RM1 juta setiap syarikat 5. Menjalankan kajian kemungkinan bagi projek antarabangsa yang spesifik. RM3 juta setiap syarikat * 50% daripada perbelanjaan (sebenar) mana yang lebih rendah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0