Program Sokongan Eksport MATRADE

5 PROGRAM PEMBANGUNAN SYARIKAT PERINGKAT PERTENGAHAN MID-TIER COMPANIES DEVELOPMENT PROGRAMME (MTCDP) Program eksport khusus selama sembilan (9) bulan bagi Syarikat Peringkat Pertengahan (SPP)* untuk mempertingkatkan daya saing antarabangsa dan mempercepatkan kadar pertumbuhan eksport. Manfaat kepada peserta: 1. Khidmat nasihat yang dirangka khas dari pakar industri. 2. Mengaturkan Imersif Pasaran dan mesyuarat B2B dengan rakan kongsi perniagaan yang diutamakan di pasaran sasaran melalui rangkaian global MATRADE. 3. Akses kepada sumber kewangan termasuk pelabur tempatan / antarabangsa dan institusi kewangan. 4. Membina rangkaian sokongan profesional dengan alumni MTCs. SYARAT i. *SPP didefinisikan sebagai: • Syarikat perkilangan dengan pendapatan tahunan antara RM50 juta – RM500 juta. • Syarikat pembekal perkhidmatan dengan pendapatan tahunan antara RM20 juta – RM500 juta. ii. SPP perlu: • Menunjukkan kadar kenaikan pendapatan yang positif dalam lima (5) tahun yang lepas, dengan kadar kenaikan kumulatif tahunan (CAGR) yang positif bagi tempoh tersebut. • Terlibat dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan sektor 2 berimpak- tinggi MITI. • Mempersembahkan model perniagaan yang inovatif, berkekalan dan berpotensi untuk mempertingkatkan pendapatan. • Entiti perniagaan yang aktif dan mempunyai sekurang-kurangnya 60% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia. • Untuk syarikat yang disenarai awam, 60% daripada 20 pemegang saham yang terbanyak mestilah rakyat Malaysia. • Mengeksport perkhidmatan atau barangan buatan Malaysia. PERMOHONAN Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh didapati di http://www.matrade.gov.my/en/malaysian-exporters/services-for-exporters/exporters- development/mid-tier-company-development-programme-mtcdp 2 rujuk kepada Annex 1

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0