Program Sokongan Eksport MATRADE
7 PROGRAM PEMBANGUNAN PENGEKSPORT WANITA WOMEN EXPORTERS DEVELOPMENT PROGRAMME (WEDP) Program selama 3 tahun untuk mewujudkan keupayaan berdaya saing kepada pengeksport Wanita. Program ini meliputi latihan peningkatan kemahiran, kepimpinan, pembangunan keusahawaan, sesi jaringan dan mentor, panduan perniagaan, pendedahan kepada perniagaan antarabangsa dan kemasukan ke pasaran baharu. Faedah: • Bantuan pendedahan kepada pasaran eksport. • Penyertaan di dalam 3 promosi perdagangan antarabangsa setahun dengan perbelanjaan tiket kapal terbang, penginapan, yuran penyertaan / kos penyewaan ruang pameran dibiayai oleh MATRADE. • Penyertaan setahun di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC). • Menghadiri Program Latihan Eksport (seminar, bengkel dan latihan) yang dianjurkan oleh MATRADE. SYARAT i. PKS 1 seperti yang ditakrifkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK). ii. Didaftar bawah Akta Syarikat 2016 (Syarikat Sdn Bhd). iii. Sekurang-kurangnya 51% ekuiti dimiliki oleh Wanita & Ketua pegawai Eksekutif atau Pengarah Urusan mestilah Wanita. iv. Telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun dan mempunyai pasaran tempatan serta fasiliti perkilangan atau premis perniagaan yang tetap. v. Berdaftar dengan MATRADE. vi. Eksport barangan atau perkhidmatan Malaysia. PERMOHONAN Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.matrade.gov.my/en/malaysian-exporters/services-for-exporters/exporters- development/new-exporters-development/women-exporters-development-programme- wedp 1 rujuk kepada Annex 1
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0