Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 4 PERKARA 01 PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN DASAR TANGGUNGJAWAB 010101 Pelaksanaan Dasar Pelaksanaan dasar ini akan dijalankan oleh Ketua Eksekutif MATRADE dibantu oleh Pasukan Pengurusan Keselamatan ICT yang terdiri daripada pegawai-pegawai berikut: (a) Timbalan-timbalan Ketua Eksekutif; (b) Semua Pengarah Kanan dan Pengarah; (c) Ketua Pegawai Maklumat (CIO); (d) Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO); (e) Ketua-ketua Seksyen/Unit ICT Ketua Eksekutif 010102 Penyebaran Dasar Dasar ini perlu disebarkan kepada semua pengguna MATRADE (termasuk kakitangan, pembekal, pakar runding dan lain-lain). ICTSO 010103 Penyelenggaraan Dasar Dasar Keselamatan ICT MATRADE adalah tertakluk kepada semakan dan pindaan dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan teknologi, aplikasi, prosedur, perundangan dan kepentingan sosial. Berikut adalah prosedur yang berhubung dengan penyelenggaraan Dasar Keselamatan ICT MATRADE: (a) kenal pasti dan tentukan perubahan yang diperlukan; (b) kemuka cadangan pindaan secara bertulis kepada ICTSO untuk pembentangan dan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) MATRADE; (c) perubahan yang telah dipersetujui oleh JPICT dimaklumkan kepada semua pengguna; dan (d) dasar ini hendaklah dikaji semula sekurang-kurangnya setiap dua tahun atau mengikut keperluan semasa. ICTSO 010104 Pengecualian Dasar Dasar Keselamatan ICT MATRADE adalah terpakai kepada semua pengguna ICT MATRADE dan tiada pengecualian diberikan. Semua
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0