Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 5 PERKARA 02 ORGANISASI KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB 0201 Infrastruktur Organisasi Keselamatan Objektif : Menerangkan peranan dan tanggungjawab individu yang terlibat dengan lebih jelas dan teratur dalam mencapai objektif organisasi. 020101 Ketua Eksekutif Peranan dan tanggungjawab Ketua Eksekutif adalah seperti berikut: (a) memastikan semua pengguna memahami peruntukan- peruntukan di bawah Dasar Keselamatan ICT MATRADE; (b) memastikan semua pengguna mematuhi Dasar Keselamatan ICT MATRADE; (c) memastikan semua keperluan organisasi (sumber kewangan, sumber kakitangan dan perlindungan keselamatan) adalah mencukupi; dan (d) memastikan penilaian risiko dan program keselamatan ICT dilaksanakan seperti yang ditetapkan di dalam Dasar Keselamatan ICT MATRADE. Ketua Eksekutif 020102 Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat MATRADE adalah merupakan Ketua Pegawai Maklumat (CIO). Peranan dan tanggung jawab CIO yang berkaitan dengan keselamatan ICT adalah seperti berikut: (a) membantu Ketua Eksekutif dalam melaksanakan tugas- tugas yang melibatkan keselamatan ICT; (b) menentukan keperluan keselamatan ICT; dan (c) membangun dan menyelaras pelaksanaan pelan latihan dan program kesedaran mengenai keselamatan ICT. CIO

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0