Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 6 020103 Pengarah ICT Peranan dan tanggungjawab Pengarah ICT adalah seperti berikut: (a) menentukan kawalan keselamatan ICT selaras dengan keperluan MATRADE; dan (b) memastikan semua kakitangan, perunding, kontraktor dan pembekal yang terlibat dengan aset ICT MATRADE mematuhi dasar, piawaian dan garis panduan keselamatan ICT MATRADE; dan (c) menentukan kawalan akses semua pengguna terhadap aset ICT MATRADE. Pengarah ICT 020104 Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) Ketua Unit Operasi dan Keselamatan IT adalah merupakan Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO). Peranan dan tanggungjawab ICTSO yang dilantik adalah seperti berikut: (a) mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT MATRADE; (b) menguatkuasakan Dasar Keselamatan ICT MATRADE; (c) memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT MATRADE kepada semua pengguna; (d) mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT MATRADE; (e) menjalankan pengurusan risiko; (f) menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas pengurusan agensi berdasarkan hasil penemuan dan menyediakan laporan mengenainya; (g) memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian; (h) melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindak balas Insiden Keselamatan ICT (CCERT MITI) dan memaklumkannya kepada CIO; ICTSO

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0