Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 7 (i) bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera; (j) memperakui proses pengambilan tindakan tatatertib ke atas pengguna yang melanggar Dasar Keselamatan ICT MATRADE; (k) menyedia dan melaksanakan program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT; (l) menyimpan rekod, bahan bukti dan laporan terkini mengenai ancaman keselamatan ICT MATRADE. 020105 Pentadbir Sistem ICT Mana-mana pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sesuatu sistem ICT di MATRADE adalah merupakan Pentadbir Sistem ICT MATRADE. Peranan dan tanggungjawab adalah seperti berikut: (a) mengambil tindakan yang bersesuaian dengan segera ke atas aset ICT apabila dimaklumkan mengenai kakitangan yang berhenti, bertukar, bercuti atau berlaku perubahan dalam bidang tugas; (b) menentukan ketepatan dan kesempurnaan sesuatu tahap capaian berdasarkan arahan pemilik sumber maklumat sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Dasar Keselamatan ICT MATRADE; (c) memantau aktiviti capaian harian pengguna; (d) mengenal pasti aktiviti-aktiviti tidak normal seperti pencerobohan dan pengubahsuaian data tanpa kebenaran dan membatalkan atau memberhentikannya dengan serta merta; (e) menyimpan dan menganalisis rekod jejak audit; (f) menyediakan laporan mengenai aktiviti capaian kepada pemilik maklumat berkenaan secara berkala; dan (g) memastikan setiap pengguna dikenali dengan menggunakan User ID yang unik. Pentadbir Sistem ICT
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0