Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 8 020106 Pengguna Pengguna ialah semua kakitangan MATRADE yang merangkumi kakitangan tetap, kontrak, sambilan dan pelatih dan pihak kontraktor yang menjalankan kerja-kerja di MATRADE. Peranan dan tanggungjawab pengguna adalah seperti berikut: (a) membaca, memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT MATRADE; (b) mengetahui dan memahami implikasi keselamatan ICT kesan dari tindakannya; (c) melaksanakan prinsip-prinsip Dasar Keselamatan ICT serta menjaga kerahsiaan maklumat MATRADE dan maklumat- maklumat sensitif yang dikendalikan oleh MATRADE; (d) melaksanakan langkah-langkah perlindungan seperti berikut :- i. menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan; ii. menjaga kerahsiaan kata laluan; iii. mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan; iv. memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; dan v. menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari diketahui umum. (e) melaporkan sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan ICT dengan segera; (f) menghadiri program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT; dan (g) menandatangani Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT MATRADE seperti Lampiran 1 . Semua

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0