Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 12 PERKARA 04 KESELAMATAN SUMBER MANUSIA TANGGUNGJAWAB 0401 Keselamatan ICT Dalam Tugas Harian Objektif: Meminimumkan risiko seperti kesilapan, kecuaian, kecurian, penipuan dan penyalahgunaan aset ICT MATRADE. 040101 Tanggungjawab Keselamatan Peranan dan tanggungjawab pengguna terhadap keselamatan ICT mestilah lengkap, jelas, direkod, dipatuhi dan dilaksanakan serta dinyatakan di dalam fail meja atau kontrak. Keselamatan ICT merangkumi tanggungjawab pengguna dalam menyediakan dan memastikan perlindungan ke atas semua aset atau sumber ICT yang digunakan di dalam melaksanakan tugas harian. Semua 040102 Terma dan Syarat Perkhidmatan Semua warga MATRADE yang dilantik hendaklah mematuhi terma dan syarat perkhidmatan yang ditawarkan dan peraturan semasa yang berkuat kuasa. Semua 040103 Perakuan Akta Rahsia Rasmi Warga MATRADE yang menguruskan maklumat terperingkat hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972. Semua 0402 Menangani Insiden Keselamatan ICT Objektif: Meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. 040201 Pelaporan Insiden Insiden keselamatan ICT seperti berikut hendaklah dilaporkan dengan kadar segera: (a) Maklumat didapati hilang, didedahkan kepada pihak-pihak yang tidak diberi kuasa atau, disyaki hilang atau didedahkan kepada pihak-pihak yang tidak diberi kuasa. Sekiranya berlaku, pengendali maklumat hendaklah dengan segera melaporkan kepada Pegawai Keselamatan Semua

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0