Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 14 PERKARA 05 KESELAMATAN FIZIKAL TANGGUNGJAWAB 0501 Keselamatan Kawasan Objektif : Mencegah akses fizikal yang tidak dibenarkan, kerosakan dan gangguan kepada premis dan maklumat. 050101 Perimeter Keselamatan Fizikal Keselamatan fizikal adalah bertujuan untuk menghalang, mengesan dan mencegah cubaan untuk menceroboh. Langkah-langkah keselamatan fizikal tidak terhad kepada langkah-langkah berikut : (a) Kawasan keselamatan fizikal hendaklah dikenal pasti dengan jelas. Lokasi dan keteguhan keselamatan fizikal hendaklah bergantung kepada keperluan untuk melindungi aset dan hasil penilaian risiko; (b) memperkukuhkan tingkap dan pintu serta dikunci untuk mengawal kemasukan; (c) Memperkukuhkan dinding dan siling; (d) Menghadkan jalan keluar masuk; (e) Mengadakan kaunter kawalan; (f) Menyediakan tempat atau bilik khas untuk pelawat- pelawat; (g) Mewujudkan perkhidmatan kawalan keselamatan; dan (h) Kawalan keluar masuk dengan menggunakan sistem imbasan biometrik. CIO, ICTSO dan BKP 050102 Kawalan Masuk Fizikal (a) Setiap pengguna MATRADE hendaklah memakai pas pengenalan sepanjang waktu bertugas; (b) Semua pas pengenalan hendaklah diserahkan balik kepada MATRADE apabila pengguna berhenti, bertukar pejabat atau bersara; (c) Kehilangan pas pengenalan mestilah dilaporkan dengan segera; Semua

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0