Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 15 (d) Setiap pelawat hendaklah mendaftar di dalam buku pelawat di tingkat yang dilawati terlebih dahulu; (e) Hanya pengguna yang diberi kebenaran sahaja boleh mencapai atau menggunakan aset ICT MATRADE; 050103 Kawasan Larangan Kawasan larangan ditakrifkan sebagai kawasan yang dihadkan kemasukan pegawai-pegawai yang tertentu sahaja. Ini dilaksanakan untuk melindungi aset ICT yang terdapat di dalam kawasan tersebut. (a) Kawasan larangan di MATRADE adalah: i. Bilik Ketua Eksekutif; ii. Bilik Timbalan-timbalan Ketua Eksekutif; iii. Bilik server; iv. Bilik kebal; dan v. Bilik Unit Perolehan. (b) Akses kepada bilik-bilik tersebut hanyalah kepada pegawai- pegawai yang diberi kuasa sahaja; (c) Pihak Ketiga adalah dilarang sama sekali untuk memasuki kawasan larangan kecuali, bagi kes-kes tertentu seperti memberi perkhidmatan sokongan atau bantuan teknikal, serta mereka hendaklah diiringi sepanjang masa sehingga tugas di kawasan berkenaan selesai; dan (d) Semua penggunaan peralatan yang melibatkan penghantaran, kemas kini dan penghapusan maklumat rahsia rasmi hendaklah dikawal dan mendapat kebenaran daripada Ketua Eksekutif MATRADE atau pegawai yang diberi kuasa olehnya. Semua 050104 Kawasan Larangan Lokasi ICT Kawasan larangan lokasi ICT di MATRADE adalah Pusat Data. Kawasan ini mestilah dilindungi daripada sebarang ancaman, kelemahan dan risiko seperti pencerobohan, kebakaran dan bencana alam. Kawalan keselamatan ke atas premis tersebut adalah seperti berikut: Semua
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0