Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 16 (a) sumber data atau server, peralatan komunikasi dan storan perlu ditempatkan di pusat data, bilik server atau bilik khas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi termasuk sistem pencegah kebakaran; (b) akses adalah terhad kepada warga MATRADE yang telah diberi kuasa sahaja dan dipantau pada setiap masa. Pihak ketiga perlu mendaftar; (c) pemantauan dibuat menggunakan Closed-Circuit Television (CCTV) kamera atau lain-lain peralatan yang sesuai; (d) peralatan keselamatan (CCTV, log akses) perlu diperiksa secara berjadual; (e) butiran pelawat yang keluar masuk ke kawasan larangan perlu direkodkan; (f) pelawat yang dibawa masuk mesti diawasi oleh pegawai yang bertanggungjawab di sepanjang tempoh di lokasi berkaitan; (g) lokasi premis ICT hendaklah tidak berhampiran dengan kawasan pemunggahan dan laluan awam; (h) memperkukuhkan tingkap dan pintu serta dikunci untuk mengawal kemasukan; (i) memperkukuhkan dinding dan siling; dan (j) menghadkan jalan keluar masuk; (k) penghawa dingin mestilah berfungsi dengan baik di mana suhunya adalah bersesuaian. 0502 Keselamatan Peralatan Objektif : Melindung peralatan dan maklumat. 050201 Perkakasan Secara umumnya peralatan ICT hendaklah dijaga dan dikawal dengan baik supaya boleh digunakan bila perlu: Semua
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0